awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
AirAsia perkenal laluan Kaohsiung-Osaka
Lelaki didakwa cuba sebabkan kematian, simbah petrol terhadap bekas teman wanita
FEM 2026 jadi 'tahun pelaksanaan', fokus hasil nyata untuk rakyat - Akmal Nasrullah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki jual telefon bimbit dibayar dengan wang palsu RM1,700

Bernama
Bernama
27/09/2022
20:20 MYT
Lelaki jual telefon bimbit dibayar dengan wang palsu RM1,700
Seorang lelaki menjadi mangsa penipuan jual beli menggunakan wang palsu selepas menjual telefon bimbitnya kepada seorang wanita, minggu lepas. - Foto Sinar Harian/media sosial
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki menjadi mangsa penipuan jual beli menggunakan wang palsu selepas menjual telefon bimbitnya kepada seorang wanita, minggu lepas.
Ketua Polis Daerah Kajang ACP Mohd Zaid Hassan berkata lelaki itu menyedari ditipu selepas dia gagal mendepositkan 17 keping wang kertas RM100 yang diterimanya di sebuah bank.
Beliau berkata dalam kejadian 20 Sept lepas, lelaki itu bertemu dengan wanita berkenaan yang tiba di Pasaraya Bilion Bandar Teknologi Kajang dengan menaiki kereta jenis Kia Cerato berwarna coklat dipandu seorang lelaki, selepas wanita itu bersetuju untuk membeli telefon bimbitnya dengan harga RM1,950.
"Suspek menyerahkan 17 keping wang kertas RM100 dan lima keping wang kertas RM50.
Setelah selesai berurusan, lelaki itu ingin mendepositkan wang berkenaan ke dalam akaunnya sebelum menyedari kesemua wang kertas RM100 itu tidak diterima mesin deposit tunai (CDM)," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Mohd Zaid menasihatkan orang ramai berwaspada dengan modus operandi penipuan menggunakan wang palsu dan tidak berurusan secara terburu-buru semasa membuat urusan pembelian secara tunai atau Cash On Delivery (COD).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#mangsa penipuan
#wang palsu
#Telefon bimbit
#Mohd Zaid Hassan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan