Seorang lelaki yang keluar mendaki di Bukit Cherok Tokun di Bukit Mertajam semasa Perintah Kawalan Pergerakan (PKP) pada 21 Mac lalu ditemui telah meninggal dunia pada pagi Ahad.
Mayat Teng Ching Hiang, 58, ditemukan di laluan mendaki di bukit tersebut oleh sepasukan penyelamat yang terdiri daripada Polis Diraja Malaysia (PDRM), Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM), Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dan sukarelawan kira-kira jam 10 pagi.
Pemangku Ketua Polis Daerah Seberang Perai Tengah, Superintendan Mohd Mustafa Bidin berkata, operasi pencarian bermula jam 9.30 pagi setelah polis menerima laporan dari rakannya pada 26 Mac lalu.
Mohd Mustafa berkata, pada pagi 21 Mac lalu, mangsa memberitahu rakannya bahawa dia ingin mendaki di Bukit Cherok Tokun seorang diri.
Bagaimanapun rakannya telah menasihati mangsa agar membatalkan hasratnya itu memandangkan PKP telah dijalankan.
Namun mangsa dikatakan enggan mendengar nasihatnya.
Berikutan itu rakannya itu telah ke rumah mangsa di Taman Sentosa keesokan hari nya dan mendapati rumah mangsa dalam keadaan berkunci.
Beliau kemudiannya cuba menghubungi mangsa melalui telefon bimbit tetapi gagal kerana talian telefon tidak aktif.
Susulan itu dia membuat laporan polis pada 26 Mac lalu dan polis telah menghubungi keluarga dan rakan mangsa lain untuk pengesahan.
Mohd Mustafa berkata, operasi mencari dan menyelamat dilakukan dan hasilnya mayat mangsa ditemui pagi tadi dan pemeriksaan fizikal ke atas mayat mangsa mendapati tiada unsur jenayah.
Mayat dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian.
Kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
Dalam pada itu, Mohd Mustafa menasihatkan orang ramai agar mematuhi PKP dan jangan sesekali melakukan aktiviti riadah seperti mendaki bukit, bersukan (outdoor) atau sengaja merayau-raya tanpa tujuan dalam tempoh PKP ini.
Dewi Nur Harasha Alias
Sun Mar 29 2020

Mayat dihantar ke hospital untuk proses bedah siasat untuk mengetahui punca kematian. - Foto ihsan: JBPM

Hantaran Taylor Swift di Instagram pecah rekod pendaftaran undi
Penyanyi "Only the Young" itu menyertai Hari Pendaftaran Pengundi Kebangsaan pada Selasa dengan menggesa peminatnya memastikan mereka layak mengundi pada pilihan raya presiden 2024.

Murid ditampar: Polis akan rakam keterangan guru, beberapa individu
Polis akan merakam keterangan seorang guru dan beberapa individu lain bagi siasatan lanjut berkaitan dakwaan seorang murid yang ditampar.

Memahami Alzheimer dan diagnosis awal
Hari Alzheimer Sedunia pada 21 Sept setiap tahun memberi peluang kepada orang ramai memahami penyakit Alzheimer dengan lebih mendalam.

Asia Tenggara muncul sebagai rantau perpaduan dan kerjasama - PM Vietnam
Vietnam komited bekerjasama dengan negara di rantau ini untuk menjaga keamanan, keselamatan dan kebebasan pelayaran di Laut China Selatan.

Malaysia bebas penyakit kuda Afrika - DVS
Perkara itu dimaklumkan WOAH menerusi surat yang dihantar kepada DVS.
Saingan tiga penjuru di Pilihan Raya Kecil DUN Pelangai
Pilihan Raya Kecil (PRK) Dewan Undangan Negeri (DUN) Pelangai pada 7 Oktober depan menyaksikan saingan tiga penjuru melibatkan Barisan Nasional (BN), Perikatan Nasional (PN), dan seorang calon Bebas.

Biden umum penubuhan pejabat cegah keganasan senjata api
Pejabat baharu itu diwujudkan melalui perintah eksekutif yang bertujuan mempercepat pelaksanaan Bipartisan Safer Communities Act.
Tapak pengkebumian berusia 800 tahun ditemui di Peru
Penemuan itu ditemui sewaktu pekerja dari syarikat gas Calidda sedang melakukan penggallian di Carabayllo.
PM Anwar sampaikan khutbah Jumaat di ICCNY New York
Anwar yang berada di sini untuk menghadiri Perhimpunan Agung Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (UNGA) ke-78, adalah pemimpin asing pertama diberi penghormatan menyampaikan khutbah di pusat itu, yang merupakan masjid pertama dibuka di bandar raya New York.

PRK Pelangai: Saingan tiga penjuru antara BN, PN, bekas ahli UMNO
Senarai rasmi calon-calon diumumkan Pegawai Pengurus Pilihan Raya DUN Pelangai, Datuk Mohammad Shahid Ismail.

Agong zahir ucapan Selamat Hari ATM ke-90, semoga terus disegani dan dihormati
Sempena Hari ATM ke-90 hari ini, Yang di-Pertuan Agong mendoakan semoga ATM terus menjadi sebuah angkatan yang disegani dan dihormati di persada antarabangsa.

Cawangan Latihan Para 69 Komando akan dinaik taraf
Cawangan Latihan Payung Terjun (PARA) 69 Komando akan dinaik taraf sebagai Pusat Latihan Payung Terjun dan Pusat Latihan Selam mulai tahun depan.

Perbarisan Hari Kebangsaan 2023 libat hampir 17,000 peserta
Hari Kebangsaan 2023 yang disambut di Putrajaya pada 31 Ogos ini akan melibatkan hampir 17,000 peserta perbarisan yang terdiri daripada 10 komponen.

Semangat juang Michael Riman wajar dikenang generasi muda - Abdul Karim
Semangat ditunjukkan mendiang Mejar (B) Michael Riman Bugat dalam berjuang untuk mempertahankan negara wajar dikenang oleh generasi muda Malaysia.

PRN: Anggota keselamatan diminta guna kuasa pilih wakil, kerajaan kukuh - PM
Semua anggota dan pegawai ATM dan PDRM yang terlibat dalam pengundian awal bagi PRN hari ini diminta menggunakan kuasa dengan baik untuk memilih wakil serta kerajaan negeri yang kukuh.

MINDEF cadang wujudkan poliklinik khas veteran ATM
MINDEF berhasrat mewujudkan poliklinik kesihatan khas secara percuma kepada golongan veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM) dalam usaha memberi perkhidmatan kesihatan lebih sempurna.

Koperasi Tentera tawar pinjaman peribadi kepada orang awam
Koperasi Angkatan Tentera Malaysia Berhad (Koperasi Tentera) akan menawarkan pinjaman peribadi kepada orang awam bermula hujung tahun ini.

PM ucap Selamat Hari Pahlawan kepada ATM, PDRM
Anwar menzahirkan penghargaan atas sumbangan dan pengorbanan yang dicurahkan pasukan keselamatan itu dalam melindungi kedaulatan negara.

Isu pencen veteran ATM, Mindef kemuka cadangan kepada JPA
Kementerian Pertahanan (Mindef) telah mengemukakan beberapa cadangan kepada Jabatan Perkhidmatan Awam (JPA) berhubung isu perbezaan amaun pencen veteran Angkatan Tentera Malaysia (ATM).

Memperkasa ATM satu keperluan - Mohamad Hasan
Mohamad berkata ATM perlu memiliki keupayaan dan tahap siap siaga yang tinggi bagi memastikan keselamatan negara terus terjamin.