MALAYSIA
Lelaki kurang siuman cuba serang orang di MRT ditahan

Suspek telah direman selama tiga hari sehingga 9 Julai ini untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958. - Gambar hiasan
SUNGAI BULOH: Polis menahan seorang lelaki disyaki kurang siuman kerana cuba menyerang orang awam menggunakan sebilah gunting di stesen Transit Aliran Massa (MRT) Sungai Buloh, di sini.
Ringkasan AI
- Seorang lelaki disyaki kurang siuman ditahan polis selepas cuba menyerang orang awam menggunakan sebilah gunting di stesen MRT Sungai Buloh; kejadian berlaku sekitar jam 11.15 malam Ahad.
- Suspek berjaya ditahan oleh Polis Bantuan dengan bantuan orang awam dan kini direman selama tiga hari untuk siasatan di bawah Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
- Polis meminta orang ramai agar tidak membuat spekulasi dan menyalurkan maklumat berkaitan kejadian kepada balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat yang bertugas.
“Anggota polis bantuan dengan bantuan wanita terbabit telah pergi ke aras bawah stesen dan melihat lelaki berkenaan berada di tangga dalam keadaan meracau.
“Lelaki itu telah mengacukan sebilah gunting dan bertindak mengejar orang awam di stesen berkenaan,” katanya dalam satu kenyataan pada Isnin.
Beliau berkata, lelaki terbabit kemudiannya berjaya ditahan oleh Polis Bantuan dengan bantuan orang awam.
Katanya, suspek telah direman selama tiga hari sehingga 9 Julai ini untuk siasatan mengikut Seksyen 6(1) Akta Bahan-Bahan Kakisan, Letupan dan Senjata Berbahaya 1958.
Tambah Mohd Hafiz, polis meminta kerjasama orang ramai agar tidak membuat sebarang spekulasi berhubung kejadian dan menyalurkan sebarang maklumat kepada balai polis berhampiran atau menghubungi Hotline Balai Polis Sungai Buloh di talian 03-6156 1222 atau Pegawai Penyiasat kes, Inspektor Azraai Mohamad Amin, di talian 018-969 6941. - Sinar Harian
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami