awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Penilai bebas sahkan sistem aerotren KLIA berfungsi ikut perancangan
Parti PM Takaichi dijangka capai kemenangan besar
Kendrick Lamar pecah rekod dengan 26 kemenangan Grammy
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki langgar kereta, cuba rempuh polis ditahan

Aida Aziz
Aida Aziz
10/04/2024
09:00 MYT
Lelaki langgar kereta, cuba rempuh polis ditahan
Suspek melanggar beberapa kereta selain cuba merempuh anggota polis di Jalan Persiaran Kamunting, di sini Ahad lalu. - Gambar/ Media sosial
TAIPING: Polis mengesahkan kejadian sebuah Proton Waja melanggar beberapa kereta selain cuba merempuh anggota polis di Jalan Persiaran Kamunting, di sini Ahad lalu.
Ketua Polis Daerah Taiping, ACP Mohamad Nasir Ismail, berkata pada Isnin lalu pihaknya mengesan klip video tular Tik Tok menunjukkan dua Unit Kenderaan Peronda (MPV) dan dua Unit Ronda Bermotor mengejar sebuah kereta di Jalan Kamunting ke Jalan Ulu Sepetang.
"Kejadian berlaku pada 7 April lalu jam sekitar 5.45 petang ketika anggota dari Balai Polis Kamunting sedang menjalankan tugas ronda cegah jenayah
"Mereka terserempak dengan sebuah kereta jenis Proton Waja yang dipandu seorang lelaki.
"Apabila cuba memberhentikan kereta itu, pemandu lelaki tersebut bertindak memandu secara berbahaya dan melanggar beberapa kereta, selain cuba langgar anggota polis.
"Namun anggota polis berjaya menahan suspek dan hasil pemeriksaan berjaya merampas beberapa peralatan dari kereta tersebut yang disyaki digunakan bagi jenayah pecah rumah," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Mohamad Nasir berkata, hasil ujian air kencing mendapati suspek positif dadah jenis MOP.
Katanya lagi, kertas siasatan dibuka mengikut Seksyen 307 Kanun Keseksaan dan Seksyen 7(1) Akta Bahan Kakisan Letupan dan Senjata Berbahaya 1960.
"Dengan tumpasnya suspek, ia akan mengurangkan kes jenayah terutamanya pecah rumah di sekitar Taiping dan Selama.
"Polis menyeru kepada penduduk Taiping khususnya untuk terus menyalurkan maklumat bagi menjamin kesejahteraan dan ketenteraman awam," katanya.
Topic Berkaitan
#video tular
#rempuh polis
#langgar kereta
#kes dadah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan