KUALA LUMPUR: Seorang lelaki ditemukan lemas ketika cuba membantu rakannya yang tergelincir ketika berswafoto berdekatan kawasan empangan di jambatan Kampung Pertak, Kuala Kubu Bahru, Selangor, petang tadi.
Pengarah Jabatan Bomba dan Penyelamat Selangor Norazam Khamis berkata mayat mangsa berusia 19 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang.
Terdahulu, pihaknya menerima panggilan pada 3.54 petang sebelum anggota bomba dari Balai Bomba dan Penyelamat Kuala Kubu Bharu bergegas ke lokasi kejadian.
"Ketika kejadian, mangsa cuba menyelamatkan rakannya yang tergelincir dari jambatan ketika sedang berswafoto.
"Rakannya yang berusia 20 tahun itu berjaya menyelamatkan diri dengan berenang ke tebing sebelum pihak bomba sampai di lokasi namun mangsa yang bertindak terjun untuk menyelamatkannya pula tidak timbul," katanya ketika dihubungi hari ini.
Dalam pada itu, Norazam turut menasihatkan orang ramai supaya berhati-hati ketika melakukan aktiviti berkelah atau bercuti di kawasan berair seperti sungai dan empangan, serta beredar sekiranya hujan bagi mengelakkan kejadian banjir kilat, kepala air atau kenaikan paras air secara mendadak.
-- BERNAMA
Bernama
Sat Sep 18 2021

Mayat mangsa berusia 19 tahun itu ditemukan kira-kira 6 petang. - Gambar/ Bernama

Remaja hampir lemas dihanyut kepala air ketika mandi sungai
Seorang remaja lelaki berusia 14 tahun berdepan detik cemas selepas dihanyutkan arus deras kira-kira 100 meter ketika mandi di sungai Bukit Kledang Kota pada Jumaat.
Isu di Kg Sungai Baru berpunca daripada janji palsu kerajaan terdahulu
Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai mendakwa isu yang berlaku di Kg Sungai Baru disebabkan oleh janji palsu yang dibuat oleh kerajaan terdahulu. #AWANInews

11 maut, 9 cedera dalam serangan bersenjata di Ecuador
Sekurang-kurangnya 11 orang terbunuh manakala sembilan lagi cedera dalam insiden tembakan di sebuah arena sabung ayam.
Isu Kg Sungai Baru: Ahli Parlimen terdahulu perlu beri penjelasan
Pengerusi Pertubuhan Pergerakan Kebajikan Masyarakat Kuala Lumpur, Hussen Zulkarai berkata Ahli Parlimen terdahulu perlu tampil untuk memberi penjelasan kenapa isu di kawasan Kg Sungai Baru masih berlanjutan sehingga kini.
#AWANInews
#AWANInews
Malaysia Airlines, Manchester United Cipta Motif Baharu
Malaysia Airlines Memperkenalkan Beberapa Ciri Menarik Bagi Meningkatkan Lagi Kehadiran Jenama Itu Di Peringkat Global.
Pemandu rentung, kereta langgar pembahagi jalan
Pemandu ditemui rentung dalam sebuah kereta yang terbabas dan melanggar pembahagi jalan di Kilometer 65.3 Lebuhraya Utara Selatan, menghala ke utara, di Pendang, Kedah, pada Jumaat.
Hospital Miri laksana pembedahan derma organ pertama tahun ini
Hospital Miri berjaya melaksanakan pembedahan pendermaan organ atau transplantasi organ pertama tahun ini.
Terus lantang perjuangkan nasib rakyat Palestin - Johari Abdul
Parlimen Malaysia akan terus jadi suara lantang perjuangkan nasib rakyat Palestin.
Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025
Perdana Menteri, Datuk Seri Anwar Ibrahim akan merasmikan Majlis Sambutan Aidilfitri MADANI 2025 Peringkat negeri Sarawak, hari ini

Ejen dedah niat sebenar Jurgen Klopp di tengah spekulasi Real Madrid, Brazil
Spekulasi terkini menunjukkan bahawa Klopp sedang mempertimbangkan untuk kembali ke dunia kejurulatihan.

Mangsa kedua insiden Sungai Sengayan ditemukan lemas
Mayat Dawellies Luing, 46, ditemukan pasukan mencari dan menyelamat (SAR) pada 2 petang.

Kanak-kanak lelaki lemas dalam kolam inap desa
Kanak-kanak lelaki berusia dua tahun lapan bulan ditemukan lemas di dalam kolam mandi sebuah inap desa di Teluk Kumbar, malam tadi.

Ibu bangga tragedi seragam celoreng bukan pengakhiran legasi
Setiap kali melihat celoreng wira yang menjadi kebanggaan anaknya, pasti hati tua ibu ini terusik dan kembali mengenangkan tragedi 2018 itu.

Insiden lubang pembetung di Lenggong: Mangsa maut akibat kurang oksigen - Polis
Polis mengesahkan tiga lelaki yang ditemukan maut dalam lubang pembetungan di Lenggong disebabkan terdedah kepada persekitaran kekurangan oksigen dalam ruang pembetung terkurung.

Lelaki warga Myanmar ditemukan lemas
Lelaki warga Myanmar ditemukan lemas di tebing Sungai Kampung Sega Hilir Lombong Rantau dengan jarak 3.5 kilometer dari lokasi mangsa terjatuh.

Lelaki Myanmar dikhuatiri lemas ketika jala ikan
Seorang lelaki warga Myanmar dikhuatiri lemas ketika menjala ikan di sungai berhampiran Loji Rawatan Air Sungai Linggi di sini semalam.

Tak sangka Aidilfitri terakhir bersama adik - Waris
Kakak salah seorang mangsa yang maut akibat lemas dalam lubang pembetung di Lenggong pagi tadi tidak menyangka sambutan Aidilfitri kali ini merupakan yang terakhir bersama adik tersayang.

Remaja lemas tergelincir di air terjun ketika bergambar
Seorang remaja lelaki ditemukan lemas selepas tergelincir ketika bergambar di air terjun Lata Jarum, Ulu Dong, Raub petang tadi.

Kanak-kanak hilang di perairan Sandakan ditemui lemas
Mayat mangsa ditemukan seorang nelayan pada jam 5.44 petang di perairan sekitar Pulau Berhala.

Budak ditemukan lemas, dua lagi termasuk kakak masih hilang
Kanak-kanak berusia lima tahun itu ditemukan pasukan penyelamat kira-kira jam 7 pagi selepas operasi SAR dilakukan sejak jam 1.30 pagi.