awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
FMM saran daya saing kos yang lebih baik untuk sokong pertumbuhan pembuatan
Pendidikan sivik penting bendung tabiat membuang sampah - Lee Lam Thye
Ronaldo mahu terus beraksi sehingga capai 1,000 gol
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki lemas dalam parit selepas kereta terbabas

Astro Awani
Astro Awani
27/04/2014
11:04 MYT
Lelaki lemas dalam parit selepas kereta terbabas
Hajat dua rakan karib untuk menyambut hari kelahiran kenalan mereka di Alor Setar hari ini bertukar tragedi apabila kereta dinaiki mereka terbabas lalu terjunam ke dalam parit.
Dalam kejadian itu, seorang lelaki maut manakala seorang lagi rakannya cedera selepas kereta dinaiki mereka terlibat dalam satu nahas di lebuhraya utara-selatan (PLUS) siang tadi.
Kejadian berlaku di kilometer 33.1 arah utara berhampiran susur keluar ke Bandar Darul Aman, Jitra, Kedah.
Dalam kejadian kira-kira jam 8.50 itu, mangsa, R. Gananaathan, 27, mati di tempat kejadian dipercayai lemas akibat tersepit di tempat duduk pemandu dalam parit sedalam satu meter.
Sementara itu rakannya, S Thinissvaran, 27 pula cedera di mulut dan dibawa ke hospital untuk rawatan lanjut.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Supt Ibrahim Mohamed Yusof ketika mengesahkan perkara itu berkata rakan mangsa S.Thinissvaran, 27, hanya mengalami cedera ringan dan dirawat di Hospital Jitra sebagai pesakit luar.
Beliau berkata kenderaan yang dipandu Gananaathan dipercayai melanggar pembahagi jalan di sebelah kanan sebelum hilang kawalan lalu terjunam dalam tali air sedalam satu meter.
"Siasatan awal mendapati mangsa maut dipercayai lemas selepas terperangkap dalam kereta," katanya ketika dihubungi di sini.
Ibrahim berkata kedua-dua mangsa dikatakan dalam perjalanan ke rumah rakan mereka di Alor Setar untuk menghadiri parti hari jadi, namun dikatakan terlepas susur keluar ke Alor Setar dan terlajak ke Jitra.
Katanya Gananaathan yang memandu kereta jenis Proton Wira dikatakan mahu berpatah balik ke Alor Setar sebelum terbabas dan merempuh pembahagi jalan.
Mayat Gananaathan dihantar ke Hospital Jitra untuk bedah siasat sebelum dituntut anggota keluarga.
Topic Berkaitan
#Alor Setar
#Jitra
#kemalangan
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan