awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
Krisis politik Perlis: Wujud dalang, perlukan 'lampu ajaib' pastikan situasi tidak berjangkit - Penganalisis
Ketika 'sorakan semakin pudar' MMM Hall of Fame 2025 angkat legasi wira sukan negara
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Malaysia ditahan di Thailand disyaki 'transporter' sindiket dadah rentas sempadan

Bernama
Bernama
10/11/2025
03:20 MYT
Lelaki Malaysia ditahan di Thailand disyaki 'transporter' sindiket dadah rentas sempadan
Suspek mengaku diupah untuk memandu kereta dari Bangkok ke Malaysia dengan bayaran RM5,000 tanpa menyedari kandungan dadah dalam kenderaan itu. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Seorang warga Malaysia yang ditahan pihak berkuasa Thailand bersama dengan 75 kilogram (kg) dadah jenis ketamin di dalam kereta dipandunya pada Khamis lepas, disyaki berperanan sebagai transporter kepada sindiket dadah rentas sempadan.

Ringkasan AI
  • Seorang warga Malaysia ditahan di Thailand dengan 75 kg dadah ketamin di keretanya, disyaki sebagai transporter sindiket dadah rentas sempadan.
  • Lelaki berumur 25 tahun itu ditahan semasa sekatan jalan raya di Wilayah Chumphon dengan rampasan dadah bernilai RM9 juta dalam keretanya.
  • Suspek mengaku diupah untuk memandu kereta dari Bangkok ke Malaysia dengan bayaran RM5,000 tanpa menyedari kandungan dadah dalam kenderaan itu.

Pengarah Jabatan Siasatan Jenayah Narkotik (JSJN) Bukit Aman Datuk Hussein Omar Khan berkata pihaknya dimaklumkan tentang tangkapan lelaki berumur 25 tahun itu oleh Subdivisyen 3, Biro Pembanterasan Narkotik Polis (PNSB) Thailand melalui saluran rasmi JSJN.
"Lelaki terbabit ditahan ketika sekatan jalan raya di Wilayah Chumphon dengan rampasan 75 kg dadah jenis ketamin yang ditemukan di dalam kereta dipandunya pada 6 Nov.
"Semakan mendapati lelaki yang berasal dari utara itu mempunyai empat rekod jenayah lampau," katanya ketika dihubungi di sini hari ini.
Baru-baru ini, media Thailand melaporkan suspek ditahan dalam operasi oleh PNSB bersama-sama Polis Wilayah Chumphon di sekatan jalan Mukim Hong Charoen, daerah Tha Sae, Wilayah Chumphon di Selatan Thailand.
Dalam sekatan itu, polis menahan sebuah kereta jenis Nissan berwarna hitam dengan nombor pendaftaran Malaysia yang dilihat mencurigakan sebelum pemeriksaan menggunakan mesin X-ray menemukan ruang rahsia di bahagian belakang kenderaan berkenaan.
Pemeriksaan lanjut menjumpai bungkusan plastik vakum berisi ketamin seberat 75 kg dianggarkan bernilai lebih 70 juta baht (kira-kira RM9 juta) yang disorok rapi di dalam ruang tersembunyi terbabit.
Suspek mengaku diupah oleh individu tidak dikenali untuk memandu kereta dari Bangkok ke Malaysia dengan bayaran RM5,000, namun mendakwa tidak mengetahui kenderaan itu mengandungi bahan terlarang.
Suspek ditahan atas kesalahan memiliki dan menjual bahan psikotropik Kategori 2 (ketamin) tanpa kebenaran bagi tujuan komersial yang boleh menyebabkan penyebaran bahan itu dalam kalangan orang awam.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#sindiket dadah
#transporter
#Ketamin
#Hussein Omar Khan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan