awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Claude Opus 4.6 dilancar, kemampuan pengaturcaraan dipertingkat, analisis kerja lebih menyeluruh
Intel sahkan grafik Xe3P akan diperkenal melalui siri CPU Nova Lake
Polis sahkan MPV guna siren, lampu biru di MEX untuk urusan rasmi kementerian
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, anak 4 tahun patah kaki motosikal dirempuh kereta

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
06/02/2022
12:55 MYT
Lelaki maut, anak 4 tahun patah kaki motosikal dirempuh kereta
Ekoran kemalangan itu, penunggang mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya yang patah kaki kanan dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan. - Gambar/ PDRM
TAPAH: Seorang lelaki maut manakala anaknya berusia empat tahun patah kaki selepas motosikal mereka dirempuh kereta yang dipandu remaja di Kilometer 50, Jalan Ipoh-Kuala Lumpur, dekat sini, hari ini.
Annuar Zakariah, 48, yang beralamat di Kampung Batu Masjid, Temoh disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah pada beberapa bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Tapah, Superintendan Wan Azharuddin Wan Ismail berkata, kemalangan berlaku kira-kira jam 4 petang ketika kereta dipandu seorang remaja lelaki berusia 18 tahun dalam perjalanan menuju ke arah Kuala Lumpur.
“Apabila sampai di tempat kejadian, kereta berkenaan dipercayai telah masuk ke lorong bertentangan dan seterusnya melanggar motosikal mangsa yang dalam perjalanan balik ke rumah,” katanya dalam kenyataan di sini, hari ini.
Menurutnya, ekoran kemalangan itu, penunggang mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di tempat kejadian manakala anak lelakinya yang patah kaki kanan dibawa ke Hospital Tapah untuk menerima rawatan.
Wan Azharuddin berkata, mayat mangsa dihantar ke Unit Forensik Hospital Tapah untuk bedah siasat.
Beliau memberitahu, polis telah menahan pemandu kereta terlibat untuk siasatan lanjut, termasuk ujian saringan air kencing.
Katanya, kes disiasat di bawah Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Tapah
#bapa dan anak
#pemandu remaja
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan