awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
EU buka peluang terhadap had umur minimum penggunaan media sosial untuk negara anggota
Penutupan sebahagian kerajaan AS masuk hari ketiga akibat kebuntuan pembiayaan
Clinton setuju beri keterangan dalam diasatan Dewan Perwakilan berkaitan Epstein
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, anak parah kereta dirempuh warga asing

Muhammad Aiman Hakeem
Muhammad Aiman Hakeem
10/07/2022
13:32 MYT
Lelaki maut, anak parah kereta dirempuh warga asing
Siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki warga asing berumur 48 tahun dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan lalu merempuh kereta mangsa. - Gambar/ PDRM
KOTA TINGGI: Seorang lelaki Orang Asli maut manakala anak lelaki berusia tujuh tahun parah selepas kereta dipandunya dirempuh sebuah kereta lain dari arah bertentangan di kilometer 52 Jalan Sungai Rengit-Kota Tinggi di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Kota Tinggi, Superintenden Hussin Zamora berkata, dalam kejadian jam 11 pagi itu, lelaki berusia 35 tahun itu meninggal dunia di lokasi kejadian akibat kecederaan parah di kepala.
Katanya, selain itu, dua lagi penumpang kereta itu iaitu wanita tempatan berusia 31 tahun dan kanak-kanak berusia lima tahun cedera.
Beliau berkata, kemalangan itu melibatkan tiga kenderaan.
Katanya, siasatan awal mendapati kereta dipandu lelaki warga asing berumur 48 tahun dipercayai hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan.
"Kereta yang turut dinaiki tiga lelaki warganegara jiran itu dari arah kota Tinggi menghala ke Sungai Rengit dan apabila tiba di lokasi kejadian, pemandu hilang kawalan dan memasuki laluan bertentangan sebelum merempuh kereta mangsa.
"Sebuah lagi kenderaan utiliti sukan (SUV) yang berada di belakang kereta mangsa (yang maut) turut gagal mengelak dan dirempuh," katanya dalam kenyataan pada Ahad.
Beliau berkata, pemandu kereta yang hilang kawalan itu serta tiga penumpang berusia sembilan, 14 dan 15 tahun cedera ringan.
Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#Kota Tinggi
#Orang Asli
#warga asing
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan