awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
PM Anwar gesa kerajaan negeri patuhi keputusan isu rumah ibadat
Nurul Izzah tubuh Jawatankuasa Pengawasan Bebas untuk perkukuh SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dalam pergaduhan berkumpulan di Kapar

Bernama
Bernama
10/01/2023
07:30 MYT
Lelaki maut dalam pergaduhan berkumpulan di Kapar
Polis menerima maklumat kejadian pada 2.04 pagi dan menemukan mangsa yang terbaring di atas jalan di kawasan berkenaan.
SHAH ALAM: Seorang lelaki maut dalam satu pergaduhan di sebuah kawasan perumahan di Kapar, Klang dekat sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Klang Utara ACP S. Vijaya Rao berkata polis menerima maklumat kejadian pada 2.04 pagi dan menemukan mangsa yang terbaring di atas jalan di kawasan berkenaan.
"Siasatan awal mengesyaki telah berlaku pergaduhan antara dua kumpulan remaja sehingga menyebabkan mangsa telah ditetak dengan menggunakan senjata tajam tidak jauh daripada lokasi kejadian.
"Mangsa juga disahkan meninggal dunia di lokasi kejadian oleh pembantu perubatan Hospital Tengku Ampuan Rahimah, Klang," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Katanya, dua suspek utama lelaki warga tempatan berusia 20-an telah dikenal pasti dan polis kini sedang mengesan kedua-dua mereka.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan yang sabit kesalahan boleh dikenakan hukuman gantung.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat mengenai kejadian itu, diminta menghubungi balai polis berhampiran atau pegawai penyiasat ASP Hanis menerusi talian 019-9099763 atau 03-32912222 bagi membantu siasatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki maut
#pergaduhan
#kapar
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan