awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kota Kinabalu isytihar bencana banjir
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Ramalan awal banjir di 10 jajahan Kelantan mulai Isnin ini
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dengan empat kesan tembakan

Pia Ernadya
Pia Ernadya
08/01/2025
14:38 MYT
Lelaki maut dengan empat kesan tembakan
Datuk M Kumar berkata, setakat ini punca kematian serta motif kejadian dalam siasatan dan kes diklasifikasi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Sebanyak empat kesan tembakan ditemui pada badan mangsa yang maut ditembak di hadapan sebuah kedai makan di Taman Setia Indah, Johor Bahru pada tengah hari Rabu.
Menurut Ketua Polis Johor, Datuk M Kumar, satu pasukan khas dari Jabatan Siasatan Jenayah telah ditubuhkan untuk menjalankan siasatan secara menyeluruh dan mengenal pasti semua individu yang terlibat dalam kejadian itu.
"Polis Kontinjen Johor menerima maklumat berkaitan satu kes bunuh melibatkan mangsa dalam lingkungan 40 tahun, di hadapan sebuah kedai makan di Taman Setia Indah, Johor Bahru, Johor.
"Hasil siasatan awal mendapati terdapat empat kesan tembakan pada badan mangsa," katanya menerusi sebuah kenyataan media pada Rabu.
Ujar M Kumar, setakat ini punca kematian serta motif kejadian dalam siasatan dan kes diklasifikasi mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Terdahulu, seorang lelaki maut dipercayai ditembak ketika sedang menjamu selera bersama rakan-rakan di sebuah restoran di Taman Setia Indah di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Raub Selamat berkata, kejadian membabitkan seorang lelaki warga tempatan berusia 40 tahun.
Menurut beliau, kejadian berlaku kira-kira jam 12 tengah hari dan pihaknya menerima panggilan kecemasan daripada orang awam yang melaporkan kejadian itu.
Topic Berkaitan
#maut
#tembak
#Johor Bahru
#Setia Indah
#polis
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan