awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pilihan raya Majlis Nasional Palestin ditetapkan pada 1 November
Toleransi beragama, keselamatan rumah ibadat asas keharmonian - Ahmad Zahid
Hutan di puncak bukit berhampiran Taman Tun Abdul Razak terbakar
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut digilis lori treler ketika konvoi

Norfarhiza Mohd Atar
Norfarhiza Mohd Atar
29/05/2022
02:45 MYT
Lelaki maut digilis lori treler ketika konvoi
Lelaki berusia 34 tahun maut digilis treler selepas terlibat kemalangan di KM57.7 Lebuhraya Karak-Kuala Lumpur, pada Sabtu. - Foto ihsan PDRM
BENTONG: Seorang penunggang motosikal maut dalam kemalangan jalan raya di Kilometer 57.5 Lebuh Raya Karak - Kuala Lumpur dekat sini pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah, Superintendan Zaiham Mohd Kahar berkata, dalam kejadian pada jam 10.30 pagi itu, mangsa, Zulkifli Kamarudin, 34, dipercayai telah melanggar motosikal rakannya yang berusia 23 tahun ketika dalam perjalanan dari Bandar Pusat Jengka ke Port Dickson, Negeri Sembilan.
"Siasatan awal polis mendapati, pergerakan motosikal itu secara konvoi dari Bandar Pusat Jengka dan ketika tiba di tempat kejadian mangsa telah melanggar motosikal rakannya di hadapan.
"Akibat pelanggaran ini, menyebabkan Zulkifli Kamaruddin terjatuh sebelum digilis oleh sebuah lori treler yang berada di laluan sebelah kiri," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Beliau berkata, mangsa disahkan meninggal dunia di tempat kejadian dan mayat mangsa telah dibawa ke Hospital Bentong untuk proses bedah siasat.
Katanya, kes itu akan disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 dan pengguna jalan raya yang menyasikan kejadian itu diminta tampil membantu siasatan polis.
Zaiham turut menasihatkan pengguna jalan raya khususnya penunggang motosikal supaya menunggang secara berhati-hati dan berhemah.
"Bagi yang menunggang secara berkonvoi wajarlah mematuhi undang-undang jalan raya termasuk kenderaan atau motosikal yang ditunggang diselenggara dengan baik," katanya.
Topic Berkaitan
#Nahas
#motosikal
#digilis treler
#konvoi
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan