awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
UMNO perlu jana pemikiran baharu demi kelangsungan parti - Ahmad Zahid
Nawal Shahirah sudah ditemui dalam keadaan selamat
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut digilis treler

Sinar Harian
Sinar Harian
22/03/2024
07:06 MYT
Lelaki maut digilis treler
Kemalangan dipercayai berlaku apabila lelaki yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Skudai hilang kawalan ketika menukar lorong dari susur masuk ke Taman Perling ke Tampoi Indah. -Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang penunggang motosikal maut selepas digilis sebuah lori treler di jejambat susur Taman Perling, di sini, pada Khamis.
Menurut Ketua Polis Daerah Johor Bahru Selatan, Asisten Komisioner Balveer Singh Mahindar Singh, kemalangan dipercayai berlaku apabila lelaki yang menaiki motosikal jenis Modenas Kriss dari arah Skudai hilang kawalan ketika menukar lorong dari susur masuk ke Taman Perling ke Tampoi Indah.
“Akibatnya, motosikal lelaki itu bergesel dengan lori treler jenis Volvo dan menyebabkan lelaki itu terjatuh dan digilis lori terbabit.
“Akibat kemalangan tersebut, lelaki berkenaan meninggal dunia di lokasi kemalangan setelah mengalami kecederaan parah di keseluruhan anggota badan.
“Pemandu lori yang berusia 35 tahun tidak mengalami sebarang kecederaan,” katanya.
Kemalangan disiasat bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#maut digilis treler
#jejambat susur Taman Perling
#Tampoi Indah
#Seksyen 41 1 Akta Pengangkutan Jalan APJ 1987
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan