awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Pempengaruh media sosial didakwa tumbuk pekerja OKU restoran makanan segera
[KOLUMNIS] CTP: Model pembangunan komuniti berasaskan data sebenar
Terbuka Malaysia 2026: Pearly-Thinaah tersingkir, gagal ulangan pencapaian Sukan SEA 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dipercayai dipukul, ditikam di pusat hiburan

Bernama
Bernama
23/11/2025
14:45 MYT
Lelaki maut dipercayai dipukul, ditikam di pusat hiburan
Polis berkata dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah. - Foto hiasan
SEREMBAN: Seorang lelaki maut selepas dipercayai dipukul dan ditikam dalam satu pergaduhan di sebuah pusat hiburan di sini, awal pagi tadi.
Ketua Polis Daerah Seremban ACP Azahar Abdul Rahman berkata dalam kejadian kira-kira 4 pagi itu, mangsa yang berusia lingkungan 40-an disahkan meninggal dunia di hospital akibat kecederaan parah.
"Kita percaya pergaduhan itu melibatkan 10 hingga 12 lelaki dan seorang daripada mereka bertindak menikam mangsa," katanya kepada Bernama di sini hari ini.
Azahar berkata pihaknya sedang meneliti kamera litar tertutup (CCTV) sekitar lokasi kejadian, bagi mengenal pasti identiti suspek dan punca insiden.
Beliau berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan meminta orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian untuk tampil ke balai polis berhampiran bagi membantu siasatan.
Azahar berkata mengikut siasatan, mangsa tidak mempunyai sebarang rekod jenayah.
Terdahulu, tular di media sosial video rakaman CCTV berdurasi seminit 26 saat di premis berkenaan memaparkan mangsa cuba melarikan diri selepas dikejar sekumpulan lelaki, sebelum dipukul termasuk menggunakan kerusi dan kotak.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki ditikam
#dipukul
#pusat hiburan
#Polis Daerah Seremban
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan