awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Guru mengaku lakukan amang seksual terhadap dua murid lelaki
Ketua Staf Markas ATM Azhan Md Othman dilantik PTD ke-31
E-invois Fasa 4, STSDS Fasa 1 bermula esok – LHDN
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik

Bernama
Bernama
05/10/2018
22:16 MYT
Lelaki maut dipercayai terkena renjatan elektrik
Menurut polis, ketika kejadian, mangsa yang dipercayai penagih dadah cuba mencuri kabel TNB di tempat tersebut. - Gambar hiasan
Seorang lelaki yang disyaki penagih tegar maut selepas dipercayai terkena renjatan elektrik di hadapan Pos Laju, Bakar Arang di Sungai Petani petang Jumaat.
Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Adzli Abu Shah berkata lelaki berusia 29 tahun itu dipercayai cuba mencuri kabel Tenaga Nasional Berhad (TNB) di tempat tersebut, sebelum kejadian berkenaan dilaporkan kepada polis pada 6.25 petang.
"Siasatan awal di tempat kejadian mendapati mangsa tiada kad pengenalan dan siasatan lanjut daripada maklumat yang diperoleh, mangsa adalah penagih dadah.
"Ketika di hospital, rakan si mati datang dan ditemu bual (pihak polis) berkaitan si mati, (mangsa) merupakan penagih tegar," katanya dalam kenyataan malam tadi.
Adzli berkata mayat mangsa dibawa ke Hospital Sultan Abdul Halim di sini, dan rakannya itu menghubungi keluarga mangsa untuk pengecaman, yang kemudiannya bapa lelaki itu mengesahkan mangsa ialah anak lelakinya.
Beliau berkata kes itu diklasifikasikan sebagai mati mengejut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Adzli Abu Shah
#Curi Kabel
#Dadah
#mayat
#penagih
#renjatan elektrik
#TNB
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan