awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKSB terima dua pengiktirafan MBOR untuk sistem Pengurusan Trafik AI Pintar
Agong lawat dua pusat pembuatan pertahanan teknologi canggih di Abu Dhabi
Peniaga di destinasi pelancongan diingatkan tidak naikkan harga, tipu sukatan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut dirempuh kereta api

Sinar Harian
Sinar Harian
06/07/2023
04:05 MYT
Lelaki maut dirempuh kereta api
Mayat mangsa, Muhamad Aqil Irfan Izwan, 23, ditemui pada jam 4.30 pagi di lokasi. - Gambar/ Sinar Harian
PASIR MAS: Seorang lelaki maut dipercayai dirempuh kereta api di Kampung Tanjong, di sini pada Khamis.
Mayat mangsa, Muhamad Aqil Irfan Izwan, 23, ditemui pada jam 4.30 pagi di lokasi.
Bapanya, Izwan Yusof, 51, berkata, dia mengetahui mengenai kejadian yang menimpa anak ketiga daripada lima beradik itu pada jam 7.30 pagi selepas dimaklumkan oleh adik iparnya.
"Sejurus tiba di lokasi saya dapati arwah mengalami kecederaan parah di bahagian kepala dan sudah tidak bernyawa.
"Kali terakhir saya berjumpa dengan anak dua hari lalu, ini kerana arwah tinggal bersama datuknya," katanya kepada pemberita ketika ditemui di lokasi kejadian.
Menurutnya, kali terakhir Muhamad Aqil Irfan berhubung dengan abangnya, Muhamad Zuhairi, 28, yang tinggal di Johor pada Rabu.
Ujarnya, Muhamad Zuhairi memberitahu adiknya itu menghantar pesanan menerusi aplikasi WhatsApp untuk meminta maaf.
Izwan memberitahu, arwah berbuat demikian kerana tidak sempat berjumpa abangnya yang bertolak pulang ke Johor.
"Jenazah arwah dijangka akan dikebumikan di Tanah Perkuburan Islam Chengal, Kampung Jejulok selepas bedah siasat dijalankan," katanya.
Sementara itu Ketua Polis Daerah Pasir Mas, Asisten Komisioner Kama Azural Mohamed ketika dihubungi mengesahkan menerima laporan berhubung kejadian tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#dirempuh kereta api
#Pasir Mas
#kereta api
#meninggal dunia
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan