awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
China rakan strategik pacu pembangunan mampan dan berdaya tahan - TPM Fadillah
"Taj Mahal: An eternal love story" karya hebat - Anwar
Kerajaan cadang perluas pendidikan al-Quran, tahfiz di sekolah rendah - Ahmad Zahid
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ditembak dalam kedai aksesori telekomunikasi di Bandar Sunway

Astro Awani
Astro Awani
14/06/2023
11:25 MYT
Lelaki maut ditembak dalam kedai aksesori telekomunikasi di Bandar Sunway
Mangsa disahkan meninggal dunia di Hospital Serdang. - Gambar hiasan
SUBANG JAYA: Seorang lelaki yang mempunyai rekod jenayah samun dan curi maut ditembak dua lelaki ketika berada di dalam sebuah kedai aksesori telekomunikasi di Bandar Sunway, di sini, pada Rabu.
Ketua Polis Daerah Subang Jaya, Asisten Komisioner Wan Azlan Wan Mamat berkata, anggota polis bergegas ke lokasi kejadian sebaik menerima laporan berhubung kes itu pada jam 1.35 tengah hari.
Menurutnya, anggota kemudian mendapat lelaki berusia 32 tahun itu terlantar dalam keadaan berlumuran darah akibat ditembak.
“Mangsa disahkan meninggal dunia apabila sampai di Hospital Serdang. Mangsa mempunyai rekod jenayah samun dan curi.
“Hasil siasatan awal mendapati tiga suspek lelaki telah masuk ke dalam premis dan dua orang suspek telah melepaskan tembakan ke arah mangsa.
“Pihak Forensik menjumpai dua kelongsong peluru, satu serpihan peluru, satu anak peluru, dua swab darah dan sepasang selipar di tempat kejadian,” katanya menerusi satu kenyataan pada Rabu.
Tambah beliau, siasatan dijalankan di bawah Seksyen 302 Kanun Keseksaan atas kesalahan bunuh.
Topic Berkaitan
#Kes Tembak
#Bandar Sunway
#kedai aksesori telefon
#PDRM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan