awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Anggota APM Bagan Datuk parah kenderaan terbabas elak anjing
Salji lebat di seluruh Jepun, 35 orang maut
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ditetak ketika makan

Bernama
Bernama
01/08/2022
22:00 MYT
Lelaki maut ditetak ketika makan
Lelaki berusia 29 tahun itu diserang empat lelaki bertopeng yang disyaki bersenjatakan parang dan menaiki kereta Honda Accord berwarna putih yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya. -Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang penganggur maut selepas ditetak sekumpulan lelaki ketika sedang makan di kawasan Taman Tampoi Indah, di sini, pada Ahad.
Ketua Polis Daerah Johor Bahru Utara (JBU) ACP Rupiah Abd Wahid berkata pihaknya menerima maklumat kejadian itu kira-kira 8.10 malam.
Beliau berkata siasatan awal mendapati lelaki berusia 29 tahun itu diserang empat lelaki bertopeng yang disyaki bersenjatakan parang dan menaiki kereta Honda Accord berwarna putih yang tidak dikenal pasti nombor pendaftarannya.
"Mangsa yang cedera di bahagian kepala, tangan dan kaki serta seluruh badan dibawa ke Hospital Pakar Puteri untuk rawatan namun disahkan telah meninggal dunia.
"Mayatnya kemudian dihantar ke Hospital Sultanah Aminah untuk bedah siasat, " katanya dalam kenyataan pada Isnin.
Rupiah berkata kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan orang ramai yang mempunyai maklumat kejadian diminta menghubungi Ibu Pejabat Polis Daerah JBU di talian 07-5563 122 atau pegawai penyiasat ASP Zawanah Raimi Mokhtar di talian 012-7744 544.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#maut ditetak ketika makan
#Taman Tampoi Indah
#Rupiah Abd Wahid
#empat lelaki bertopeng
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan