awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Vietnam dakwa tiga individu berkaitan perdagangan haram 8.4 bilion akaun e-mel curi
Mahkamah Tinggi tetapkan 21 Mei keputusan tindakan undang-undang Indira Gandhi
Singapura sasar 18 juta pelancong antarabangsa pada 2026, perolehan S$32.5 bilion
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ditikam di dada, kereta dibakar

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
04/12/2017
20:00 MYT
Lelaki maut ditikam di dada, kereta dibakar
Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah untuk bedah siasat. -Gambar hiasan
Seorang lelaki ditemukan mati dengan kesan tikaman di bahagian dada dalam satu kejadian lewat petang Isnin, di lorong belakang Taman Arked, di sini.
Pada masa sama, sebuah Perodua Axia yang terbakar juga ditemukan di dalam semak tidak jauh dari lokasi mayat berkenaan.
Mangsa, Liu Chee Wei, 25, dijumpai berlumuran darah oleh penduduk selepas mendengar suara orang mengerang kesakitan di lorong belakang taman perumahan itu.
Menurut Ketua Polis Daerah Kuala Muda, ACP Saifi Abdul Hamid, pihaknya menerima maklumat daripada orang awam pada 3 petang dan terus ke lokasi kejadian.
“Mangsa ada kesan tikam di bahagian kiri dada dan juga tangan. Mungkin ada pergelutan di dalam kereta sebelum dia lari keluar,” kata Saifi, sambil menambah, mangsa dipercayai berasal dari Nibong Tebal, Pulau Pinang.
Katanya, motif pembunuhan masih dalam siasatan dan polis menolak kejadian bermotifkan samun kerana barangan kemas seperti cincin, subang dan jam tangan masih ada pada badan mangsa.
Siasatan awal menerusi pendaftaran kenderaan polis mendapati, kereta itu adalah milik rakan mangsa namun polis sedang menyiasat latar belakang mangsa termasuk pekerjaannya.
Katanya, suspek berkemungkinan membawa lari kereta itu ke dalam kawasan semak terbabit sebelum dibakar.
Mayat dihantar ke Hospital Sultanah Bahiyah Alor Setar untuk bedah siasat.
Kes disiasat mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan.
Topic Berkaitan
#dada
#Hospital Sultanah Bahiyah
#Kanun Keseksaan
#mati
#siasatan
#Sungai Petani
#tikam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan