awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Tebing Barat hadapi krisis kemanusiaan terburuk sejak 1967 - UNRWA
PRK Kinabatangan: Dua calon selesai mengundi setakat 9 pagi
Bom Perang Dunia Kedua ditemukan dalam kebun di Jasin
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, dua kenderaan bertembung

Adie Sufian Zulkefli
Adie Sufian Zulkefli
30/05/2022
10:51 MYT
Lelaki maut, dua kenderaan bertembung
Mangsa meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan. - Foto PDRM
KUBANG PASU: Seorang lelaki maut dalam kemalangan melibatkan dua buah kenderaan di Jalan Jitra-Air Hitam, di sini hari ini.
Ketua Polis Daerah Kubang Pasu, Superintendan Rodzi Abu Hassan berkata, kejadian kira-kira jam 11.30 pagi dipercayai berlaku apabila sebuah Toyota Hilux yang datang dari arah Jitra menghala ke Air Hitam hilang kawalan lalu memasuki laluan bertentangan sebelum bertembung dengan sebuah kereta Proton Saga.
"Pertembungan secara berhadapan itu mengakibatkan, pemandu Proton Saga itu maut, tersepit di tempat duduk sementara pemandu Toyota Hilux berusia 41 tahun itu mengalami kecederaan di kepala.
“Mangsa, Shamsuri Ab Azis, 55, dari Kampung Kuala Tunjang, Air Hitam meninggal dunia di tempat kejadian selepas mengalami kecederaan parah di kepala dan badan," katanya menerusi kenyataan hari ini.
Mayat mangsa dihantar ke Hospital Jitra (HJ) bedah siasat manakala pemandu yang cedera turut dibawa ke hospital sama untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
Topic Berkaitan
#kemalangan
#Kubang Pasu
#kereta bertembung
#Jitra
#Air Hitam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan