Seorang lelaki maut manakala ibu mertuanya melecur teruk di seluruh bahagian badan selepas rumah mereka di Taman Cegar, Simpang Ampat di sini musnah dalam kebakaran pada Jumaat.
Mangsa A. David Saminathan, 52, ditemukan dengan kesan rentung di tingkat atas rumah teres dua tingkat berkenaan manakala ibu mertuanya A. Agnes Mary, 60-an melecur 90 peratus di bahagian badan.
Ketua Polis Daerah Seberang Perai Selatan (SPS) Supt Shafee Abdul Samad berkata pihak polis menerima maklumat berhubung kebakaran rumah itu pada pukul 6.19 petang dan pasukan bomba bergegas ke lokasi kejadian.
Beliau berkata menurut anggota keluarga mangsa, lelaki itu gagal menyelamatkan diri dan mayat mangsa ditemukan terbaring di hadapan pintu bilik bersebelahan tangga.
"Lelaki itu dipercayai cuba turun untuk menyelamatkan diri sebaik isterinya memaklumkan berlaku kebakaran namun mangsa tidak sempat keluar dari rumah mereka kerana api marak dengan cepat," katanya di sini malam tadi.
Shafee berkata ibu mertua mangsa yang melecur 90 peratus berjaya diselamatkan orang ramai sebelum dihantar ke Hospital Seberang Jaya serta dilaporkan dalam keadaan kritikal.
Katanya semasa kebakaran, mangsa berada di rumah itu bersama isteri, mak mertua serta seorang anak perempuannya dan dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri.
"Mayat mangsa dihantar ke Hospital Sungai Bakap (HSB) untuk dibedah siasat," katanya.
Sementara itu, Pegawai Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pulau Pinang Azhar Samsudin berkata dua buah jentera dari Balai Bomba Sungai Bakap dan Bandar Perda bersama 15 pegawai dan anggota bomba dibantu Pasukan Bomba Sukarela (PBS) terlibat dalam operasi memadam kebakaran berkenaan.
Azhar berkata pihaknya berjaya mengawal kebakaran itu daripada merebak ke kediaman lain pada 6.42 petang dan mengambil masa kira-kira 20 minit untuk memadam keseluruhan api di rumah berkenaan.
"Rumah itu terbakar lebih 70 peratus dan punca serta jumlah kerugian masih dalam siasatan," katanya.
Sementara itu, isteri mangsa yang berada di bilik mayat HSB enggan ditemubual kerana masih bersedih dengan kejadian yang menimpa suami serta ibunya.
Anggota keluarga mereka yang enggan dikenali berkata mereka sangat sedih dengan kejadian itu dan berharap Agnes Mary kembali pulih.
"Kami sudah kehilangan seorang abang (saudara) dan kami semua berdoa agar ibu saudara (Agnes Mary) kembali sihat terutama menjelang sambutan Krismas bulan depan.
"Saya dimaklumkan mereka telah mula membuat persiapan untuk perayaan itu namun semuanya telah terbakar," katanya .
-- BERNAMA
Bernama
Fri Nov 23 2018

Shafee berkata, semasa kebakaran, mangsa berada di rumah itu bersama isteri, mak mertua serta seorang anak perempuannya dan dua daripada mereka berjaya menyelamatkan diri. - Gambar fail

Ulang Tahun Ke-35 | Titipan doa rakyat buat pasangan Diraja
Sempena ulang tahun perkahwinan ke-35 Yang Dipertuan Agong, Al-Sultan Abdullah Ri' Ayatuddin Al- Mustafa Billah Shah dengan Tunku Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Rakyat negeri kelahiran Tunku Azizah, Johor Darul Takzim menzahirkan ucapan tahniah dan doa kepada pasangan Diraja itu.

Ulang Tahun Ke-35 | Titipan doa rakyat buat pasangan Diraja
Orang ramai dari pelbagai kaum di Perak mengucapkan tahniah sempena ulangtahun ke 35 perkahwinan Yang Di-Pertuan Agong Al-Sultan Abdullah Ri'ayatuddin Al-Mustafa Billah Shah dan Raja Permaisuri Agong Tunku Hajah Azizah Aminah Maimunah Iskandariah. Kagum dengan cara pemerintahan yang sangat mesra rakyat, warga Perak berharap baginda berdua dapat meneruskan pemerintahan negara dengan jayanya.

KPWKM cadang wujudkan kursus pasca perkahwinan
Kementerian Pembangunan Wanita Keluarga dan Masyarakat (KPWKM) bercadang mewujudkan kursus pasca perkahwinan bagi suami isteri untuk mengukuhkan lagi institusi kekeluargaan.

KKM kesan empat lagi kluster baharu
Empat lagi kluster baharu dengan tiga daripadanya melibatkan tiga tempat kerja direkodkan dalam tempoh 24 jam.

AirAsia semakin pulih melalui transformasi digital dan peluang lain - Fernandes
AirAsia Group Bhd semakin pulih daripada impak pandemik COVID-19, selepas mengambil peluang baharu termasuk mempercepatkan transformasi digitalnya.

Kembara Cinta Diraja Seiring Kasih Rakyat: Tak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat
Keperibadian berjiwa rakyat yang tinggi menjadi sebab mengapa baginda berdua sering dilihat tidak menang tangan tatkala musibah menimpa rakyat.

205 individu ditahan ingkar SOP PKP, 18 melibatkan pusat hiburan
Seramai 205 individu ditahan atas kesalahan ingkar Prosedur Operasi Standard (SOP) Perintah Kawalan Pergerakan PKP) pada Jumaat.

Lima tumpuan kenyataan Dr Noor Hisham hari ini
Daripada jumlah kes yang direkodkan di Selangor, 89.2 peratus adalah daripada kluster-kluster dan saringan kontak rapat COVID-19 yang aktif dijalankan di lapangan.

Dua selamat, seorang hilang dihanyut arus deras ketika berkelah
Mangsa bersama kira-kira 20 ahli keluarga ke lokasi tersebut untuk berkelah sambil mandi di tebing sungai.

Vaksin swasta: Tumpuan 80 peratus terlebih dahulu - MOSTI
Pembelian vaksin COVID-19 oleh kerajaan setakat ini hanya tertumpu kepada usaha menjayakan Program Imunisasi COVID-19 Kebangsaan (PICK).

Lelaki maut, ibu mertua melecur 90 peratus dalam kebakaran
Mangsa A. David Saminathan, 52, ditemukan dengan kesan rentung di tingkat atas rumah teres dua tingkat berkenaan manakala ibu mertuanya A. Agnes Mary, 60-an melecur 90 peratus di bahagian badan.