awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Kerajaan perkukuh perlindungan pekerja gig menerusi Akta 872 - Ramanan
Kerajaan perkukuh penguatkuasaan e-waste melalui pendekatan keseluruhan negara - KSN
KKM: Kes Tibi meningkat, 2,571 kes direkodkan minggu kelima 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut kereta dihempap pokok tumbang

Bernama
Bernama
26/04/2023
03:30 MYT
Lelaki maut kereta dihempap pokok tumbang
Keadaan kereta mangsa yang remuk selepas dihempap pokok tumbang dalam kejadian dekat Hospital Sultan Abdul Halim, Sungai Petani, Kedah. - Foto Sinar Harian
SUNGAI PETANI: Seorang lelaki maut selepas kereta jenis Proton Waja yang dipandunya dihempap pokok tumbang dalam kejadian di hadapan Hospital Sultan Abdul Halim (HSAH) malam tadi.
Jurucakap Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah memaklumkan dalam kejadian kira-kira 8 malam itu, mangsa S.Karthigesu, 52, yang tersepit di bahagian tempat duduk pemandu meninggal dunia di tempat kejadian.
"Pihak bomba menerima panggilan berhubung kejadian ini pada 8.27 malam tadi dan pasukan dari Balai Bomba dan Penyelamat (BBP) Amanjaya diketuai Pegawai Komander Operasi Penolong Penguasa Bomba Azahari Abdullah digerakkan ke lokasi.
"Setibanya di lokasi, mangsa dilaporkan tersepit di dalam kereta, mangsa kemudiannya berjaya dikeluarkan namun disahkan meninggal dunia oleh pihak Kementerian Kesihatan (KKM)," katanya.
Jurucakap itu berkata lima lagi kenderaan turut mengalami kerosakan selepas dihempap pokok tumbang namun setakat ini jumlah dan status mangsa belum diketahui sepenuhnya kerana mereka dihantar ke hospital oleh orang awam.
Beliau berkata lebih 10 pokok tumbang di sekitar lokasi kejadian dan jentera bomba turut mengalami kesukaran untuk bergerak ke lokasi berikutan terdapat tiang elektrik tumbang merintangi jalan raya.
"Operasi mengalihkan pokok tumbang telah dilakukan dengan kerjasama pelbagai agensi termasuklah polis, KKM, Angkatan Pertahanan Awam Malaysia (APM), Majlis Perbandaran Sungai Petani Kedah (MPSPK), dan Pasukan Bomba Sukarela (PBS) berdekatan," katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#dihempap pokok
#HSAH
#S Karthigesu
#JBPM
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan