awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
DIPN perkasa industri pertahanan negara, kurangkan kebergantungan pihak luar - Pakar
Pembinaan kiub gergasi Mukaab di Riyadh dihentikan untuk penilaian semula
Thaipusam: 10 laluan utama di Ipoh ditutup, dilencongkan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut ketika cuba curi kabel elektrik

Bernama
Bernama
09/09/2025
03:00 MYT
Lelaki maut ketika cuba curi kabel elektrik
Pemeriksaan lanjut pihak polis juga mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh badan mangsa dan lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan yang hadir ke lokasi. - Gambar hiasan
ALOR GAJAH: Seorang lelaki warga asing ditemukan maut dipercayai akibat terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel di kawasan Litar Go-Kart, Jalan Padang Keladi, Durian Tunggal, di sini semalam.
Pemangku Ketua Polis Daerah Alor Gajah, DSP Azrul Mohamed berkata, siasatan awal mendapati pintu pagar rumah kuasa milik Tenaga Nasional Berhad (TNB) telah terbuka selain terdapat kabel-kabel yang dipotong dalam kejadian kira-kira 2.14 petang itu.
"Hasil siasatan awal mendapati mangsa berusia lingkungan 29 tahun, warga Myamar dan pemegang kad UNHCR, ditemukan terbaring dalam keadaan tidak sedarkan diri di dalam longkang bersebelahan rumah kuasa berkenaan.
"Mangsa disyaki terkena renjatan elektrik ketika cuba mencuri kabel-kabel berkenaan," katanya dalam kenyataan hari ini.
Azrul berkata, pemeriksaan lanjut pihak polis juga mendapati tiada unsur jenayah pada tubuh badan mangsa dan lelaki berkenaan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian oleh Penolong Pegawai Perubatan yang hadir ke lokasi.
Mayat dihantar ke Hospital Alor Gajah untuk bedah siasat dan kes diklasifikasikan sebagai mati mengejut (SDR).
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki maut
#curi kabel elektrik
#warga myanmar
#Litar Go-Kart
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan