REMBAU: Seorang lelaki maut apabila motosikal ditunggangnya melanggar tayar belakang sebuah lori di Kilometer 3, Jalan Kampung Batu-Inas, di sini, pada Jumaat.
Dalam kejadian jam 12.30 tengah hari itu, mangsa, Nazri Kamarolzaman, 39, parah di bahagian kepala.
Ketua Polis Daerah Rembau, Deputi Superintendan Hazri Mohamad berkata, kejadian melibatkan dua buah motosikal jenis Yamaha dan sebuah lori jenis Hicom.
"Berdasarkan siasatan awal, dua motosikal berkenaan dari arah Inas, Kuala Pilah menuju ke Rembau.
"Sejurus tiba di lokasi, motosikal mangsa hilang kawalan lalu melanggar tayar belakang sebelah kanan lori dan terbabas di laluan bertentangan," katanya kepada Sinar Harian pada Jumaat.
Menurutnya, seorang lagi penunggang motosikal berusia 33 tahun dari arah sama turut terbabas dan patah tangan kanan.
Ujarnya, pemandu lori tidak mengalami sebarang kecederaan.
"Mangsa yang patah tangan dihantar ke Hospital Tuanku Ampuan Najihah (HTAN) untuk rawatan lanjut dan mangsa yang maut dihantar ke Hospital Rembau untuk bedah siasat.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," katanya.
* Artikel asal disiarkan di Sinar Harian.
Sinar Harian
Fri Oct 01 2021

Seorang lelaki maut dalam nahas di Kilometer 3, Jalan Kampung Batu-Inas, Rembau pada Jumaat. -Foto ihsan pembaca

Hetty Koes Endang bakal meriahkan sambutan Aidilfitri KPKM tanpa bayaran - Mohamad Sabu
Penyanyi terkenal Indonesia, Hetty Koes Endang akan memeriahkan Majlis Sambutan Aidilfitri 2025 anjuran Kementerian Pertanian dan Keterjaminan Makanan (KPKM) pada Isnin.

Menang PRK Ayer Kuning, Mohamad Yusri terus turun bertemu rakyat
Dr Mohamad Yusri Bakir memulakan tugas sebagai wakil rakyat baharu DUN Ayer Kuning dengan turun padang seawal pagi untuk bertemu penduduk.

Lawatan Presiden Maldives: Muizzu bakal terima Ijazah Kehormat Doktor Falsafah UIAM
Lawatan tersebut merupakan lawatan julung kali Muizzu ke Malaysia sejak dilantik sebagai Presiden Maldives pada 17 November 2023.

JPV laksana suntikan vaksin kawal wabak hawar berdarah
Jabatan Perkhidmatan Veterinar (JPV) Terengganu melaksanakan proses vaksinasi ke atas 224 ekor lembu dan kerbau bagi mengelak penularan wabak hawar berdarah di daerah Kuala Terengganu.
Usaha Kerajaan Perpaduan berhasil - Fahmi
Kemenangan calon BN dalam PRK DUN Ayer Kuning menunjukkan usaha Kerajaan Perpaduan menambat hati pengundi berjaya, menurut Ketua Penerangan PKR, Datuk Fahmi Fadzil.
Perkembangan kes tembak di Kuching
Bersama ditalian, wakil AWANI Borneo, Rudi Affendi Khalik, bagi mendapatkan perkembangan berhubung kes tembak di Kuching.
AWANI Ringkas: Tingkat kualiti internet di kawasan pelancongan Sabah - Fahmi
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.

Taman mini di Shizuoka diiktiraf taman terkecil di dunia
Sebuah "taman mini" di Shizuoka, Jepun diiktiraf oleh Guinness World Records sebagai taman terkecil di dunia.
Capaian internet di Sepilok akan ditingkatkan segera
Capaian internet di kawasan pelancongan utama di Sepilok, Sandakan AKAN menikmati capaian internet yang lebih pantas dan stabiL sebagai sebahagian usaha meningkatkan kesalinghubungan menjelang Tahun Melawat Malaysia 2026.
Agong zahir penghargaan kepada penyokong setia JDT
Yang di-Pertuan Agong Sultan Ibrahim mengucapkan tahniah kepada JDT atas kejayaan menjuarai Piala Malaysia 2024/2025 dan menghargai sokongan padu penyokong setia.

Lelaki maut motosikal langgar tayar lori
Kejadian melibatkan dua buah motosikal jenis Yamaha dan sebuah lori jenis Hicom.