awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Beijing kecam kemenangan Grammy Dalai Lama, dakwa berlaku "manipulasi"
Anak Puteri Mahkota Norway ditahan atas dakwaan serangan menjelang perbicaraan rogol
GMWA2025: Meerqeen terharu sokongan peminat - “Kalau menang itu rezeki…”
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut motosikal terbabas langgar pembahagi jalan

Sinar Harian
Sinar Harian
28/09/2021
21:10 MYT
Lelaki maut motosikal terbabas langgar pembahagi jalan
Motosikal mangsa rosak selepas terbabas dan melanggar pembahagi jalan. -Foto Sinar Harian
GEORGE TOWN: Seorang pengawal keselamatan maut selepas motosikal yang ditunggangnya terbabas di Jalan Ayer Itam berhampiran Sekolah La Salle di sini pada Selasa.
Dalam kejadian jam 9.05 pagi itu, mangsa, A Sivalinga Peremal, 50 disahkan maut di lokasi kejadian selepas mengalami kecederaan parah pada bahagian leher.
Difahamkan, terdapat kesan kelar pada bahagian leher mangsa selepas dipercayai terkena besi pembahagi jalan.
Timbalan Ketua Polis Daerah Timur Laut, Superintendan V Saravanan berkata, siasatan mendapati mangsa menunggang motosikal jenis SYM JetX dari arah Jalan Masjid Negeri menghala Ayer Itam.
Menurutnya, mangsa dipercayai hilang kawalan sebelum terbabas lalu melanggar besi pembahagi jalan di kawasan tersebut.
“Akibat pelanggaran itu, mangsa kemudiannya terseret sejauh 33 meter dan disahkan maut di lokasi kejadian ekoran mengalami kecederaan parah pada leher serta kepala dipercayai terkena tiang cerucuk besi pembahagi jalan.
"Mayat mangsa dihantar ke Jabatan Forensik Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat dan kes disiasat mengikut Seksyen 41(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987," katanya ketika dihubungi pada Selasa.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pengawal keselamatan
#motosikal terbabas
#A Sivalinga Peremal
#kesan kelar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan