awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Arab Saudi terima ketibaan 19.5 juta jemaah haji, umrah pada 2025
Fokus perumahan mampu milik di bandar, bukan pilihan raya Datuk Bandar - Akmal
Lebih 3,000 pengunjung teruja rasai fenomena laut terbelah di Pulau Pangkor
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut nahas dua kenderaan

Sinar Harian
Sinar Harian
05/01/2025
03:45 MYT
Lelaki maut nahas dua kenderaan
Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan di KM13, Jalan Benut - Simpang Renggam pada Sabtu. - Foto IPD Kluang
KLUANG: Seorang lelaki maut selepas kereta dipandunya terlibat dalam kemalangan dengan sebuah kenderaan utiliti sukan (SUV) di kilometer (KM) 13, Jalan Benut - Simpang Renggam pada Sabtu.
Ketua Polis Daerah Kluang, Asisten Komisioner Bahrin Mohd Noh berkata, pihaknya menerima laporan mengenai kemalangan itu yang melibatkan sebuah kereta jenis Honda Civic dengan SUV jenis Toyota Rush pada jam 10.25 malam.
“Hasil siasatan awal di tempat kejadian mendapati Honda Civic dari arah Simpang Renggam menghala ke Benut manakala Toyota Rush dari arah bertentangan.
“Sebaik tiba di tempat kejadian, pemandu Honda Civic telah hilang kawalan sebelum bergesel dengan Toyota Rush.
"Kejadian itu menyebabkan Toyota Rush terbabas dan jatuh ke bawah tebing," katanya.
Tambah beliau, akibat kejadian itu pemandu Honda Civic telah mengalami kecederaan parah di kepala dan disahkan meninggal dunia di tempat kejadian, manakala pemandu Toyota Rush pula mengalami kecederaan ringan di tangan dan kaki.
"Kes disiasat di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987.
"Orang ramai yang mempunyai maklumat berhubung kejadian boleh menghubungi pegawai penyiasat, Inspektor Muhammad Mukhlis Che Din bagi membantu siasatan," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#Nahas
#Bahrin Mohd Noh
#hilang kawalan
#terbabas
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan