KOTA KINABALU: Seorang lelaki maut manakala rakannya parah dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Bandaran Berjaya di sini, awal pagi Ahad.
Lelaki berusia 20-an itu disahkan meninggal dunia akibat kecederaan parah ketika mendapatkan rawatan di Hospital Queen Elizabeth (HQE).
Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Asisten Komisioner Kasim Muda berkata, pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian itu kira-kira jam 2 pagi.
Menurutnya, siasatan awal mendapati, kedua-dua mangsa adalah awak-awak bot nelayan warga Indonesia namun mempunyai dokumen yang sah masuk ke negara ini.
"Kedua-duanya terlibat dalam pergaduhan dipercayai akibat perselisihan faham dengan suspek.
"Akibat pergaduhan itu, kedua-dua mangsa yang parah dibawa ke hospital untuk mendapatkan rawatan sebelum salah seorang daripadanya disahkan meninggal dunia dan seorang lagi masih menerima rawatan di hospital," katanya kepada pemberita pada Majlis Pelancaran Rondaan Bermotosikal Amanita Ibu Pejabat Polis Daerah (IPD) Kota Kinabalu di Dataran Deasoka, di sini, pada Ahad.
Kasim berkata, pergaduhan itu dipercayai bermula di dalam premis pusat hiburan berkenaan.
"Hasil pemeriksaan rakaman kamera litar tertutup (CCTV) di premis berkenaan polis mengesan ada suspek namun belum dapat mengenal pasti identiti sebenar mereka.
"Usaha mengesan dan mengenal pasti suspek yang terlibat dalam pergaduhan itu akan dilakukan," katanya.
Siasatan lanjut sedang dijalankan mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan kerana membunuh. -Sinar Harian
Sinar Harian
Sun Jun 16 2024
Seorang lelaki maut manakala rakannya parah dalam pergaduhan di sebuah pusat hiburan di Jalan Bandaran Berjaya di sini, awal pagi Ahad. -Foto Sinar Harian
'Ada berbincang dengan PKR, tapi saya belum buat keputusan' - Tengku Zafrul
Tengku Zafrul belum membuat sebarang keputusan berhubung penyertaan dalam mana-mana parti politik.
Banjir di Pahang semakin pulih, mangsa di Johor kekal 36 orang
Kesemua mangsa berkenaan dari daerah Maran yang berlindung di PPS Balai Raya Kampung Baru Pertanian.
10 Berita Pilihan - (15 Disember 2024)
Antara pelbagai berita dalam dan luar negara yang disiarkan di Astro AWANI, berikut adalah yang paling menjadi tumpuan sepanjang hari ini.
Sekurang-kurangnya 11 maut selepas Siklon Chido melanda wilayah Mayotte, Perancis
Sekurang-kurangnya 11 orang disahkan maut dan lebih daripada 250 cedera selepas Siklon Chido melanda Wilayah Lautan Hindi Perancis, Mayotte.
69 pendatang asing ditahan dalam perhimpunan pra-Krismas di Nilai
Jabatan Imigresen (JIM) Negeri Sembilan menahan 69 pendatang asing warga Myanmar yang menghadiri perhimpunan sambutan pra-Krismas di sebuah hotel dua bintang di Bandar Nilai, semalam.
IMF puji pembaharuan ekonomi Malaysia, minta lakukan tindakan lanjut untuk kukuhkan daya tahan
Menurut IMF, prestasi ekonomi Malaysia yang kukuh memberikan negara peluang untuk memajukan agenda reformasi yang bercita-cita tinggi.
Hampir 37 kampung di Kuala Krai diramal banjir bermula Selasa - JPS
Jabatan Pengairan dan Saliran (JPS) mengeluarkan kenyataan amaran itu susulan ramalan hujan berterusan tahap waspada oleh Jabatan Meteorologi semalam.
AWANI Ringkas: Sukan badminton | Jenayah
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
AWANI Ringkas: Kebakaran | Politik
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Sekolah di Damsyik dibuka semula
Sekolah-sekolah di Damascus dibuka semula kepada pelajar pada Ahad seminggu selepas kejatuhan Kerajaan di bawah pimpinan Presiden Bashar al-Assad.
Pusat hiburan operasi lebih masa, 78 ditahan positif dadah
Saringan awal air kencing yang dilakukan mendapati seramai 63 lelaki dan empat warga tempatan serta 11 lelaki warga asing positif dadah.
Berhibur di Golok: Tiga anggota polis akan ditukarkan - KPN
Tiga anggota polis yang dikesan melakukan aktiviti salah laku dengan mengunjungi pusat hiburan di Golok, Thailand akan ditukarkan, kata Ketua Polis Negara Tan Sri Razarudin Husain.
60 pengunjung pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail ditahan positif dadah
Polis menahan 60 individu termasuk empat warga asing yang berusia 20 hingga 42 tahun kerana positif dadah dalam satu serbuan di sebuah pusat hiburan di Jalan Sultan Ismail, pada Sabtu lalu.
Polis tahan tiga individu edar jus minuman campuran dadah
Polis menahan tiga individu disyaki terlibat dalam kegiatan pengedaran jus minuman campuran pelbagai jenis dadah di sekitar Lembah Klang dalam dua serbuan di sini 7 Nov lepas.
Op Noda: Dua pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 48 individu ditahan
Polis menyerbu dua pusat hiburan beroperasi tanpa lesen di Kepong dan Puchong serta menahan 48 individu termasuk warga asing dalam Op Noda baru-baru ini.
Pusat hiburan tanpa lesen diserbu, 27 GRO ditahan
Polis menahan 27 wanita warga asing disyaki bekerja sebagai GRO dalam serbuan Op Noda #KLStrike Force di sebuah pusat hiburan tanpa lesen.
Tiga anggota polis ditahan di pusat hiburan, positif dadah
Tiga anggota polis antara 14 individu ditahan setelah didapati positif dadah dalam serbuan di sebuah pusat hiburan dekat Taman Dutamas, Cheras.
Imigresen serbu pusat karaoke, 39 GRO dan pelanggan ditahan
JIM Perak menyerbu empat premis pusat hiburan karaoke yang menawarkan GRO warga Myanmar dengan bayaran antara RM450 hingga RM600 di sekitar bandar raya ini, malam tadi.
Pusat hiburan tawar GRO warga asing diserbu JIM Kuala Lumpur
Penjaga premis bertindak memadamkan lampu ketika anggota Imigresen memperkenalkan diri, menyebabkan beberapa wanita terjatuh dan cedera.
MATFA gesa pembaharuan segera Akta Cukai Hiburan 1953
MATFA menggesa kerajaan melakukan pembaharuan segera terhadap Akta Cukai Hiburan 1953 yang mengenakan cukai 25 peratus ke atas aktiviti hiburan.