awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
SPRM rekod nilai sitaan, kompaun, pulih aset RM8.4 bilion
Wanita 'terkandas' di KLIA diserah ke Hospital Kajang, miliki kad mental
HTC sasar lancar kaca mata pintar VIVE Eagle di Asia Tenggara awal 2026
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya

Sinar Harian
Sinar Harian
18/06/2024
11:20 MYT
Lelaki maut rempuh lembu terlepas di lebuh raya
Kereta dipandu mangsa terbabas lalu merempuh pembahagi jalan selepas terlanggar lembu di Kilometer 24.9 PLUS. - Gambar/ PDRM
KUALA LUMPUR: Seorang lelaki maut apabila kereta yang dipandu melanggar seekor lembu dipercayai terlepas dari sebuah lori di Kilometer 24.9 Lebuhraya Utara-Selatan dari arah Plaza Tol Jalan Duta menghala ke Sungai Buloh pada Selasa.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, siasatan dijalankan mendapati kejadian berlaku jam 4.55 petang.
Beliau berkata, siasatan awal mendapati, lelaki berusia 30 tahun tersebut memandu di lorong paling kanan di lebuh raya tersebut.
"Mangsa telah terlanggar seekor lembu yang berada di lorong kanan, lalu terbabas melanggar besi tengah pembahagi jalan.
"Mangsa mengalami kecederaan parah dan meninggal dunia di lokasi kejadian," katanya dalam satu kenyataan pada Selasa.
Beliau menambah, lembu tersebut disyaki terlepas daripada lori yang membawa haiwan ternakan tersebut.
"Siasatan masih dijalankan bagi mengenal pasti punca lembu tersebut berada di lebuh raya," katanya.
Menurutnya, kes diklasifikasi di bawah Seksyen 41 (1) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#kemalangan maut
#lembu terlepas
#Lembu Korban
#Aidiladha
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan