awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Dewan hotel tiba-tiba terbakar, majlis makan malam bertukar tragedi
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Tiga ADUN Pas Perlis terhenti keahlian serta-merta - Abdul Hadi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut serangan jantung ketika daki bukit

Sinar Harian
Sinar Harian
03/12/2022
21:00 MYT
Lelaki maut serangan jantung ketika daki bukit
Mangsa berusia 49 tahun disahkan mati oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Niat seorang lelaki beriadah bersama rakannya bertukar tragedi apabila dia mengalami serangan jantung di Bukit Sri Bintang, Jalan 11/36, Desa Park City, di sini pada petang Sabtu.
Pusat Gerakan Operasi Bomba Kuala Lumpur (PGOKL) memaklumkan, sebuah jentera bersama 11 anggota dari Balai Bomba Sri Hartamas dikerahkan ke lokasi kejadian sejurus menerima panggilan kecemasan pada jam 5.33 petang.
"Pemanggil memaklumkan kawannya mengalami serangan jantung semasa melakukan aktiviti mendaki dan mohon bantuan pihak bomba untuk membawa turun mangsa kerana tidak sedarkan diri.
"Setibanya pasukan bomba di lokasi kejadian pada jam 5.58 petang mendapati benar terdapat seorang mangsa lelaki dalam keadaan tidak sedarkan diri dan anggota bertindak melakukan bantuan pernafasan (CPR)," menurut kenyataan pada Sabtu.
PGOKL berkata, mangsa berusia 49 tahun disahkan mati oleh pegawai perubatan yang berada di lokasi kejadian.
"Anggota membawa turun mayat mangsa ke kawasan parkir kenderaan dengan menggunakan pengusung dan menyerahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut," ujar beliau. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#daki bukit
#maut
#serangan jantung
#bukit sri bintang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan