awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
PBB gesa lebih banyak negara terima pesakit Gaza selepas sempadan Rafah dibuka semula
PM Anwar arah AKPS perhebat operasi banteras kegiatan e-waste haram
Isu dana zakat: YDP MAINPP sedia beri keterangan kepada SPRM
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut terjun dari tingkat lima Prangin Mall

Dewi Nur Harasha Alias
Dewi Nur Harasha Alias
20/04/2018
15:01 MYT
Lelaki maut terjun dari tingkat lima Prangin Mall
Lelaki berusia 40 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka dan patah tulang tangan. - Astro AWANI
Pengunjung sebuah pusat membeli-belah di George Town, Pulau Pinang dikejutkan dengan tindakan seorang lelaki yang terjun dari tingkat lima bangunan itu.
Lelaki berusia 40 tahun itu meninggal dunia di tempat kejadian akibat kecederaan parah di bahagian muka dan patah tulang tangan.
Ketua Polis Daerah Timur Laut, ACP Anuar Omar berkata, kejadian berlaku kira-kira jam 5.20 petang di Prangin Mall.
Katanya, polis menerima panggilan daripada pihak kawalan keselamatan pusat membeli-belah tersebut yang memaklumkan kejadian.
Anuar berkata, pegawai kesihatan yang tiba di lokasi sejurus kejadian mengesahkan kematian mangsa.
Mangsa yang beralamat di Jalan Sri Bahari kemudiannya dihantar ke Hospital Pulau Pinang untuk proses bedah siasat.
Topic Berkaitan
#Georgetown
#Prangin Mall
#pusat beli belah
#terjun bangunan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan