awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Banjir gelombang ketiga Terengganu pulih
Ketua PBB sifatkan gencatan senjata Kemboja-Thailand langkah positif ke arah keamanan berkekalan
Pemuda UMNO anjur konvensyen khas, bincang hala tuju kedudukan dalam Kerajaan Perpaduan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut tertimbus dalam telaga di Pasir Mas

Bernama
Bernama
16/04/2024
00:10 MYT
Lelaki maut tertimbus dalam telaga di Pasir Mas
Apabila tiba di lokasi kejadian, bomba dapati mangsa telah tertimbus dalam telaga yang berkedalaman kira-kira enam meter. - Foto JBPM Kelantan
KOTA BHARU: Seorang lelaki maut selepas tertimbus tanah ketika sedang menurunkan gelung simen di dalam telaga yang baru siap digali di Masjid Kampung Gelam Tok Uban Pasir Mas, di sini semalam.
Komander Operasi Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas Adnan Mat Juri berkata mangsa Mohamad Khairul Jeffry Maarof, 23, dibawa naik dengan bantuan orang awam pada 7.15 malam tadi dan disahkan meninggal dunia oleh petugas Kementerian Kesihatan (KKM).
Beliau berkata pihaknya menerima panggilan kecemasan pada 5.54 petang dan 10 anggota dari Balai Bomba dan Penyelamat Pasir Mas digerakkan ke lokasi kejadian.
“Apabila kami tiba di lokasi kejadian pada 6.17 petang, mangsa didapati telah tertimbus dalam telaga yang berkedalaman kira-kira enam meter,” katanya ketiga dihubungi tengah malam tadi.
Adnan berkata mayat mangsa diserahkan kepada pihak polis untuk tindakan lanjut.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Telaga
#Pasir Mas
#timbus
#maut tertimbus tanah
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan