awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Ketua PBB minta semua pihak “bertenang” ketika Honduras menanti keputusan pilihan raya
Dua maut dalam letupan rumah jagaan di Pennsylvania
Pegawai, anggota polis antara 77 penjawat awam ditahan terbabit dadah pada 2025
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki maut, wanita dikhuatiri lemas kereta terbabas ke dalam sungai

Amirah Nordin
Amirah Nordin
25/03/2023
04:47 MYT
Lelaki maut, wanita dikhuatiri lemas kereta terbabas ke dalam sungai
Mangsa maut selepas dirempuh sebuah kereta dalam nahas di Jalan Nenasi Rompin-Kampung Merchong jam 9.47 pagi, hari ini. -BBP Nenasi
PEKAN: Seorang pejalan kaki maut dirempuh sebuah kereta yang kemudiannya terbabas ke dalam sungai di Pekan, Pahang.
Nahas dilapor berlaku di Jalan Nenasi, Rompin-Kampung Merchong, dekat sini pada jam 9.47 pagi tadi.
Penolong Pengarah Operasi Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Pahang, Ismail Abdul Ghani berkata, mangsa maut ialah seorang lelaki dewasa, manakala seorang penumpang wanita kenderaan terbabit dihanyutkan arus.
“Dalam kereta yang menjunam ke dalam sungai itu terdapat dua mangsa, seorang lelaki dewasa terselamat dan hanya mengalami kecederaan ringan.
“Manakala seorang wanita yang turut berada di dalam kereta itu, berjaya keluar dari kenderaan itu, namun dihanyutkan arus sungai,” katanya.
Tambahnya, anggota bomba melakukan operasi mencari dan menyelamat (SAR) wanita yang hanyut di sekitar sungai berkenaan.
“Unit pasukan Penyelamat DI Air (PPDA) seramai 5 orang anggota turut dipanggil ke lokasi untuk membantu dalam operasi SAR.
“Lapan anggota BBP Nenasi turut dibantu oleh lima anggota PPDA dari BBP Kuantan dan BBP Kuala Rompin seramai tiga orang,” katanya lagi.
Topic Berkaitan
#bomba
#pejalan kaki maut dirempuh
#kereta terbabas ke dalam sungai
#Jalan Nenasi Rompin-Kampung Merchong
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan