awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki melecur terkena renjatan elektrik dipercayai cuba curi kabel

Bernama
Bernama
01/04/2024
23:10 MYT
Lelaki melecur terkena renjatan elektrik dipercayai cuba curi kabel
Kes lelaki cedera terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel di pencawang SESB awal pagi semalam disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda awam. - Gambar hiasan
KOTA KINABALU: Seorang lelaki cedera terkena renjatan elektrik dipercayai ketika cuba mencuri kabel di sebuah pencawang Sabah Electricity Sdn Bhd (SESB) di Kampung Gentisan, di sini, awal semalam.
Timbalan Ketua Polis Daerah Kota Kinabalu, Supt Kalsom Idris berkata, kejadian kira-kira 3 pagi itu disedari penduduk kampung setelah mendengar dentuman kuat sebelum bekalan elektrik terputus.
Beliau berkata, penduduk kemudian terdengar suara orang menjerit meminta tolong sebelum menemukan seorang lelaki berusia 30-an dalam keadaan lemah sambil meraung kesakitan dengan kesan kulit terbakar.
"Seorang lagi rakannya dipercayai turut cedera namun sempat melarikan diri sebelum polis tiba," katanya ketika dihubungi.
Menurutnya, lelaki yang melecur tahap dua hingga tiga di bahagian muka, leher, bahu dan tangan itu dibawa ke Hospital Likas untuk rawatan lanjut.
Kes disiasat mengikut Seksyen 431A Kanun Keseksaan kerana melakukan khianat harta benda awam, katanya.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#Curi Kabel
#lelaki melecur
#pencawang SESB
#khianat harta benda awam
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan