GEORGE TOWN:Seorang lelaki terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah lebih dua tahun lalu.
Mohd Amiruddin Mazlan, 31, hanya mampu menangis sebagai tanda kesyukuran selepas Hakim Mohd Radzi Abdul Hamid mengarahkan dia dibebaskan.
Mohd Radzi ketika membacakan keputusan berkata, pihak pendakwaan gagal membuktikan kes prima facie terhadap tertuduh.
Katanya, adalah tidak munasabah untuk seseorang yang mempunyai dadah jenis heroin hanya berdiam diri sahaja tanpa melarikan diri sehingga dia ditangkap.
Mohd Radzi berkata, terdapat sebuah motosikal yang berada pada jarak kira-kira 50 meter dari tertuduh yang memberi peluang kepadanya untuk melarikan diri.
Tertuduh yang merupakan bapa kepada seorang anak itu didakwa mengedar dadah jenis heroin seberat 18.9 gram.
Dia yang bekerja sendiri didakwa melakukan kesalahan itu di Tepi Jalan Lintang Merah, Sungai Nibong, Pulau Pinang pada, 10.45 malam, 23 Oktober 2018.
Tuduhan dibuat mengikut Seksyen 39B (1) (a) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan boleh dihukum di bawah Seksyen 39B (2) akta sama yang memperuntukkan hukuman mati jika sabit kesalahan atau penjara seumur hidup dan 15 kali sebatan.
Selain itu, Mohd Radzi berkata, adalah tidak munasabah juga pasport tertuduh disimpan di dalam beg yang mempunyai dadah.
Tertuduh diwakili peguam, S Retinakumar dan S Tamil manakala pendakwaan dijalankan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Noor Azura Zulkiflee.
Dewi Nur Harasha Alias
Thu Jan 07 2021

Mohd Amiruddin (dua dari kiri) hanya mampu menangis sebagai tanda kesyukuran selepas hakim membuat keputusan itu. - Gambar/ Astro AWANI

Piala Prihatin | Pertembungan KL United-Selangor
Siapakah raja Lembah Klang?". Itu soalan yang ditanya-tanya peminat pasukan Kuala Lumpur United FC dan Selangor FC yang bakal bertembung Sabtu ini di Stadium Bola Sepak Kuala Lumpur.

Liga Hoki Malaysia | THT lega tiada kes baharu COVID-19
Pasukan Terengganu Hockey Team (THT) boleh menarik nafas lega setelah kelompok kedua terdiri daripada pemain dan pegawai disahkan negatif COVID19 sekaligus terus perancangan mereka untuk hadapi Liga Hoki Malaysia 2020. Bagaimanapun status penyertaan tiga pemain yang positif tersebut menjadi tanda tanya tatkala tarikh tutup pendaftaran liga akan berakhir 1 Mac ini.

Kelayakan Olimpik | Shevon atur strategi jadi wakil kedua di Tokyo
Cabaran semakin sukar selepas bergelar pemain profesional negara, Shevon Lai-Goh Soon Huat atur strategi menjadi wakil kedua acara itu di sukan Olimpik Tokyo. Terbuka Swiss dan Masters Orleans, di Perancis, dua kejohanan yang dianggap sebagai peluang terhidang dalam memburu mata apabila tiada kelibat beberapa pemain gergasi.
![AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [27 Februari 2020] AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [27 Februari 2020]](https://resizer-awani.eco.astro.com.my/tr:w-177,h-100,q-100,f-auto/https://dzu2r3t0ymp2a.cloudfront.net/757/1892747/18324770301614385628411_640x360.jpg)
AWANI Pagi: Berita tumpuan & kemas kini COVID-19 [27 Februari 2020]
Ketahui berita yang perlu anda tahu hari ini bersama Geegee Ahmad dan juga Nursyazwani Saiful Sham dalam #AWANIpagi​ 27 Februari 2021. Antara fokus berita pagi ini merangkumi: 1. MASkargo lebih bersedia sambut kedatangan vaksin COVID-19 Sinovac. 2. Rentas sempadan boleh dipertimbang jika negara mencapai imuniti kelompok. #AWANInews​ #HapusCOVID19

300,000 dos vaksin Sinovac tiba di Malaysia pagi ini
Penghantaran pertama vaksin COVID-19 Sinovac dijadualkan tiba di KLIA melalui pesawat MH319.

Kudeta Myanmar | Duta Myanmar ke PBB kecam junta tentera
Duta Myanmar ke Pertubuhan Bangsa Bersatu, PBB, secara terbuka membantah rampasan kuasa yang berlaku. Kyaw Moe Tun turut mohon komuniti antarabangsa bertindak untuk mengembalikan semula demokrasi di negara itu.

Vaksin COVID-19 | WTO gesa hapuskan perlindungan harta intelek
Pertubuhan Kesihatan Sedunia, WHO, menggesa negara-negara anggota Pertubuhan Perdagangan Dunia (WTO) untuk menghapuskan perlindungan harta intelek vaksin COVID-19. Ini bagi membolehkan negara anggota untuk menghasilkan lebih banyak vaksin dan perkongsian dalam usaha memerangi pandemik itu.

Vaksin COVID-19 | 300,000 dos vaksin Sinovac tiba hari ini
Bekalan pertama vaksin Sinovac keluaran china dijangka tiba ke Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) sekitar jam 9 pagi ini. Kementerian Kesihatan (KKM) memaklumkan, vaksin diuruskan Sinovac dan Pharmaniaga Logistics Sdn Bhd melalui perjanjian di peringkat global itu akan dibawa ke klia menaiki pesawat MH319 yang dikendalikan MASKargo Sdn Bhd (MASKargo).

Kecurian Vaksin | Pesuruhjaya Kesihatan siasat kes di Tennessee
Pesuruhjaya Kesihatan Tennessee mendedahkan telah meminta penguatkuasa undang-undang persekutuan menyiasat dakwaan kecurian dos vaksin koronavirus di negeri yang paling ramai penduduk berkenaan. Ini berikutan dakwaan terdapat sukarelawan menyuntik vaksin kepada dua kanak-kanak walaupun mereka masih bawah umur.

Vaksin COVID-19 | MASKargo lebih bersedia sambut kedatangan vaksin Sinovac
Pengalaman menguruskan ketibaan vaksin COVID-19 jenis Pfizer-Biontech pada Ahad lepas, menjadikan pasukan MAB Kargo Sdn Bhd (MASKargo) lebih bersedia untuk mengendalikan kedatangan vaksin COVID-19 jenis Sinovac pada Sabtu.

Lelaki menangis terlepas hukuman gantung
Seorang lelaki terlepas hukuman gantung sampai mati selepas Mahkamah Tinggi Pulau Pinang melepas dan membebaskannya daripada tuduhan mengedar dadah lebih dua tahun lalu.