awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
JKNNS siasat dakwaan pekerja kedai makan basuh lebihan makanan untuk dijual semula
Ringgit ditutup tinggi berbanding dolar AS, mata wang negara serantau
64,295 pelawat Singapura masuki Sarawak pada 2025, catat jumlah tertinggi
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengaku bersalah belasah anak kandung

Sinar Harian
Sinar Harian
01/02/2024
08:40 MYT
Lelaki mengaku bersalah belasah anak kandung
Tangkap layar video seorang lelaki membelasah anak kandung perempuannya sehingga mengakibatkan cedera. - Gambar fail
KUALA PILAH: Lelaki yang videonya tular membelasah anak kandung perempuannya sehingga mengakibatkan mangsa menerima 12 jahitan, mengaku bersalah melakukan perbuatan itu di Mahkamah Sesyen di sini pada Khamis.
Tertuduh berusia 47 tahun membuat pengakuan terbabit di hadapan Hakim Norma Ismail selepas kertas pertuduhan dibacakan.
Mengikut pertuduhan, tertuduh dengan sengaja menyebabkan cedera ke atas anak kandungnya yang berusia 17 tahun dengan menggunakan suatu alat yang digunakan sebagai senjata untuk melakukan kesalahan yang mungkin menyebabkan kematian iaitu satu kerusi plastik, satu bakul pakaian dan satu papan seterika.
Kesalahan itu dilakukan pada 23 Januari 2024, jam lebih kurang 11.45 malam di sebuah rumah di Kampung Kendong Baru Kota, Rembau.
Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 326A akta sama.
Sabit kesalahan, di bawah Seksyen 324 Kanun Keseksaan boleh dihukum dengan pemenjaraan selama tempoh yang boleh sampai 10 tahun atau dengan denda atau sebat, atau dengan mana-mana dua daripada hukuman-hukuman itu.
Bagi kesalahan di bawah Seksyen 326A Kanun Keseksaan pula boleh dihukum penjara bagi satu tempoh dua kali ganda tempoh maksimum mengikut seksyen kesalahan.
Pendakwaan kes dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Qaiyyum Ramlan manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
Mahkamah menetapkan 5 Mac ini untuk hukuman ke atas tertuduh.
Sebelum itu, tertuduh tidak mengaku bersalah di Mahkamah Sesyen di Seremban atas pertuduhan merogol anaknya itu pada 12 November 2023, pada waktu petang, di lokasi sama.
Berikutan itu, tertuduh telah melakukan kesalahan yang boleh dihukum bawah Seksyen 376 (3) Kanun Keseksaan.
Sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang dari lapan tahun dan tidak lebih dari 30 tahun, dan boleh juga dikenakan sebat tidak kurang dari 10 sebatan.
Hakim tidak membenarkan jaminan dan menetapkan 6 Mac ini untuk sebutan semula kes dan lantikan peguam.
Media sebelum ini melaporkan seorang remaja perempuan dibelasah oleh bapanya menggunakan pelbagai objek sehingga mengalami kecederaan dan dikejarkan ke Hospital Tampin.
Kejadian itu dipercayai disebabkan bapanya tidak berpuas hati dengan tindakan mangsa mengadu kepada teman wanita bapanya yang dia telah dirogol lelaki tersebut. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#belasah anak
#Kuala Pilah
#rogol anak
#Rembau
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan