awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sejumlah kenderaan terjejas selepas isi minyak, Petronas Dagangan hubungi pelanggan terlibat
'Amanah boleh berganti, terima kasih Perlis' - Mohd Shukri
Arab Saudi catat lebih 11.9 juta jemaah umrah pada bulan Jumada al-Akhirah
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja tepi sungai

Abd Razak Mohd Ali
Abd Razak Mohd Ali
17/11/2023
07:47 MYT
Lelaki mengaku tidak bersalah rogol remaja tepi sungai
Mohamad Kasim mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak. - Gambar/ Astro AWANI
IPOH: Seorang lelaki dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Kuala Kangsar pada Jumaat atas tiga tuduhan merogol dan melakukan amang seksual terhadap seorang remaja perempuan, Mac lalu.
Tertuduh, Mohamad Kasim Abdul Wahab, 52, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan mohon dibicarakan selepas pertuduhan terhadapnya dibacakan di hadapan Hakim Rohaida Ishak.
Mengikut pertuduhan, dia yang masih bujang didakwa merogol mangsa yang berusia 14 tahun tujuh bulan di tepi Sungai Kenering, Kampung Belum Baru Lawin, Gerik, kira-kira jam 1 petang, 27 Mac lalu.
Dia didakwa di bawah Seksyen 376 (1) Kanun Keseksaan yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan sebatan.
Bagi pertuduhan kedua dan ketiga, dia didakwa melakukan amang seksual terhadap mangsa bagi tujuan seksual di lokasi, masa dan tarikh sama.
Dia didakwa mengikut Seksyen 14(a) dan 14 (b) Akta Kesalahan-kesalahan Seksual Terhadap Kanak-kanak 2017 yang memperuntukkan hukuman penjara sehingga 20 tahun dan boleh juga dihukum sebat.
Mahkamah membenarkan tertuduh diikat jamin RM10,000 dengan dua orang penjamin, termasuk seorang dalam kalangan ahli keluarga terdekat.
Tertuduh dan ahli keluarganya juga dilarang untuk mendekati dan mengganggu mangsa.
Mahkamah kemudiannya menetapkan 18 Disember depan sebagai tarikh sebutan semula kes.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya, Muhammad Firdaus Nor Azlan manakala tertuduh diwakili peguam Amirul Fairuzzeen Jamaluddin.
Topic Berkaitan
#rogol remaja
#kes rogol
#kes mahkamah
#Perak
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan