awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
2,500 pertubuhan belia disasar mohon Geran SejaTi MADANI
Rundingan dengan AS hanya berjaya jika hak rakyat Iran dihormati - Araghchi
Pilihan raya Thailand: Bhumjaithai dahului keputusan awal ketika undi masih lagi dikira
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki pandu lawan arus maut bertembung

Sinar Harian
Sinar Harian
26/02/2022
05:42 MYT
Lelaki pandu lawan arus maut bertembung
Keadaan kedua-dua buah kereta terbabit selepas kemalangan. -JSPT PDRM
KUALA LUMPUR: Seorang pemandu maut manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint) di sini, awal pagi Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kemalangan jam 1 pagi itu, kedua-dua kenderaan berkenaan bertembung di kilometer (km) 6.2 arah Hartamas menghala Plaza Tol Pantai.
"Pemandu Perodua Axia seorang lelaki berumur 28 tahun telah membuat pusingan U di Plaza Tol Pantai lalu memandu secara melawan arus dan melanggar sebuah Proton Saga di lorong paling kiri.
"Pemandu Perodua Axia mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu Proton Saga seorang lelaki, berumur 25 tahun telah dihantar ke Hospital Pantai Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan itu, beliau memohon saksi kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 032071 9999, atau Hotline JSPT 0320260267/69 untuk membantu siasatan.
"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lawan arus
#SPRINT
#Sarifudin Mohd Salleh
#JSPT
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan