KUALA LUMPUR: Seorang pemandu maut manakala seorang cedera dalam kemalangan membabitkan dua buah kereta di Lebuhraya Sistem Penyuraian Trafik Kuala Lumpur Barat (Sprint) di sini, awal pagi Sabtu.
Ketua Jabatan Siasatan dan Penguatkuasaan Trafik (JSPT) Kuala Lumpur, Asisten Komisioner Sarifudin Mohd Salleh berkata, dalam kemalangan jam 1 pagi itu, kedua-dua kenderaan berkenaan bertembung di kilometer (km) 6.2 arah Hartamas menghala Plaza Tol Pantai.
"Pemandu Perodua Axia seorang lelaki berumur 28 tahun telah membuat pusingan U di Plaza Tol Pantai lalu memandu secara melawan arus dan melanggar sebuah Proton Saga di lorong paling kiri.
"Pemandu Perodua Axia mengalami kecederaan parah di bahagian dada dan meninggal dunia di lokasi kejadian manakala pemandu Proton Saga seorang lelaki, berumur 25 tahun telah dihantar ke Hospital Pantai Kuala Lumpur," katanya dalam kenyataan pada Sabtu.
Sehubungan itu, beliau memohon saksi kejadian supaya tampil ke balai polis berhampiran atau menghubungi Balai Polis Trafik Jalan Tun H.S Lee di talian 032071 9999, atau Hotline JSPT 0320260267/69 untuk membantu siasatan.
"Kes diklasifikasikan di bawah Seksyen 41 ( 1 ) Akta Pengangkutan Jalan (APJ) 1987," ujarnya.
*Berita asal di Sinar Harian
Sinar Harian
Sat Feb 26 2022
Keadaan kedua-dua buah kereta terbabit selepas kemalangan. -JSPT PDRM
AWANI Ringkas: Masalah teknikal dipercayai punca nahas
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Euro 2024: Harry Kane berisiko tidak tersenarai dalam skuad England
Status penyerang Bayern Munich, Harry Kane, masih diragui untuk tersenarai dalam skuad Euro 2024 susulan masih bergelut dengan kecederaan.
Pantau Belanjawan: Membina daya tahan ekonomi Bumiputera Sabah, Sarawak
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram mungkin diroboh - Exco Johor
Madrasah Luqmanul Hakim di Ulu Tiram di Jalan Rabani, Kampung Sungai Tiram di sini yang sebelum ini didakwa menjadi tempat menyemai fahaman militan dan ekstremisme sudah pun ditutup pada 2001.
Resolusi Rusia kawal senjata nuklear angkasa lepas gagal
Resolusi Majlis Keselamatan Pertubuhan Bangsa-Bangsa Bersatu (PBB) yang digubal oleh Rusia yang menyeru semua negara untuk mencegah penempatan, ancaman atau penggunaan mana-mana senjata di angkasa lepas gagal pada Isnin.
Bicara kes lelaki Israel miliki ratusan peluru, enam pistol September ini
Mahkamah Sesyen di sini pada Selasa, menetapkan kes seorang lelaki warga Israel atas dua pertuduhan memiliki ratusan peluru dan memperdagangkan enam pistol akan bermula 30 September depan.
Kim Jong Un ucap takziah kepada Iran
Pemimpin Korea Utara Kim Jong Un menghantar mesej ucapan takziah kepada Iran berhubung kematian Presiden Ebrahim Raisi dalam nahas helikopter pada Selasa.
Keupayaan ketenteraan Turki bantu Iran temukan lokasi nahas
Kejayaan keupayaan ketenteraan Turki, membantu Iran mencari lokasi nahas helikopter yang mengorbankan Presiden dan Menteri Luar Iran mengagumkan dunia.
Pilihan Raya Iran: Diadakan 28 Jun ini susulan kematian Presiden Ebrahim Raisi
Selepas meneliti masa proses pemilihan, ketua-ketua cabang kuasa Iran memutuskan pada 28 Jun ini sebagai tarikh pemilihan untuk menentukan presiden baharu.
Empat mengaku salah masak di stesen minyak, didenda RM500 seorang
Empat tertuduh itu mengaku bersalah atas pertuduhan memasak menggunakan dapur gas di dalam kawasan stesen minyak di Genting Highlands pada 12 Mei lalu.
Warga emas pandu lawan arus tampil serah diri
Ketua Polis Daerah Kuantan, Asisten Komisioner Wan Mohd Zahari Wan Busu berkata, warga emas berusia 71 tahun itu datang ditemani waris.
Wanita warga emas hidap demensia pandu lawan arus ditahan di JB
Polis menahan seorang wanita warga emas selepas dipercayai memandu secara melawan arus di Kilometer 9 Jalan Johor Bahru-Ayer Hitam.
Warga Bangladesh tular pandu Nissan Almera lawan arus ditahan
Suspek berusia 43 tahun ditahan pada jam 3.15 petang di kawasan hentian bas Kota Tinggi.
Polis cari pemandu pacuan empat roda lawan arus
Kejadian kira-kira jam 4 petang itu sempat dirakamkan melalui kamera papan pemuka atau 'dashcam' milik seorang pengguna jalan raya.
Dua remaja maut dirempuh Mercedes-Benz lawan arus
Dua remaja meninggal dunia selepas kereta Honda Jazz dinaiki dirempuh sebuah kereta Mercedes-Benz yang melanggar arus di Kilometer 6.4 Jalan Ismail Sultan di sini, pada Khamis.
Wanita pandu BMW dakwa panik akibat salah jalan
Khaw berkata wanita itu kini masih dirawat di sebuah hospital swasta di sini dan mengalami sesak nafas serta pening.
Lelaki cedera dirempuh BMW dipandu lawan arus
Seorang lelaki cedera selepas kenderaannya dirempuh sebuah kereta mewah yang dipandu melawan arus dalam kejadian di Lebuhraya Tun Dr Lim Chong Eu, awal pagi Isnin.
Amir Masdi akhirnya lancar album selepas 7 tahun jadi artis
Bakat besar dimiliki penyanyi ini menarik pujian ramai. Selain memiliki karakter vokal tersendiri, Amir Masdi juga punya pesona tersendiri setiap kali muncul membuat persembahan.
Polis cari penunggang motosikal tular lawan arus di Lebuhraya PLUS
Satu kertas siasatan dibuka di bawah Seksyen 42(1) Akta Pengangkutan Jalan 1987 kerana memandu secara melulu dan membahayakan.
Kertas siasatan polis disyaki mabuk, pandu lawan arus diserah ke Bukit Aman
Ketua Polis Daerah Cheras ACP Zam Halim Jamaluddin berkata kertas siasatan itu dihantar pada minggu lepas.