Seorang lelaki patah tulang rusuk akibat dibelasah selepas disyaki mencuri petai di kebun milik salah seorang penduduk di Kampung Bukit Terap, Batu Rakit, Kuala Nerus, petang semalam.
Dalam kejadian kira-kira jam 5 petang itu, tindakan suspek, 30-an, yang menceroboh kawasan kebun bersama seorang lagi rakannya disedari dua cucu kepada pemilik kebun yang baru tiba di lokasi.
Menurut sumber, difahamkan kedua-dua cucu lelaki pergi ke kebun datuk mereka untuk meninjau kawasan persekitaran kerana difahamkan kerap berlaku kecurian petai sebelum ini.
"Setibanya di lokasi, mereka terserempak dengan dua lelaki dikenali sedang ralit memegang petai di dalam kawasan kebun.
"Sejurus ternampak kelibat dua beradik itu, kedua-dua suspek cuba melarikan diri sebelum berlaku pergelutan dan salah seorang suspek berjaya melarikan diri," katanya ketika dihubungi Sinar Harian.
Sumber berkata, susulan kejadian, suspek mengalami kecederaan patah tulang rusuk terpaksa dikejarkan ke Hospital Sultanah Nur Zahirah (HSNZ) di sini, bagi mendapatkan rawatan susulan.
Sementara itu, Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian daripada salah seorang cucu pemilik kebun terbabit.
Menurutnya, kejadian yang membabitkan nilai kerugian hampir RM100 itu kini disiasat mengikut Seksyen 379 Kanun Keseksaan kerana mencuri.
"Sekarang usaha memburu seorang lagi suspek sedang dijalankan," katanya.
Sinar Harian
Sun Aug 26 2018
Ketua Polis Daerah Kuala Terengganu, Asisten Komisioner Idris Abd Rafar ketika dihubungi mengesahkan ada menerima laporan kejadian daripada salah seorang cucu pemilik kebun terbabit. - Gambar hiasan
Apple dalam perbincangan guna teknologi OpenAI dalam iOS 18 - Laporan
iOS 18 akan membawakan perubahan paling besar untuk sistem operasi iPhone tahun ini dan integrasi sistem AI akan akhirnya didedahkan.
PRK Kuala Kubu Baharu: BN pamer komitmen tinggi pastikan kemenangan calon - Loke
BN menunjukkan komitmen tinggi dalam memastikan kemenangan calon PH, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Empat maut, dua pacuan empat roda bertembung
Empat individu maut dalam kemalangan melibatkan dua pacuan empat roda di Kilometer 78, Jalan Kota Bharu-Gua Musang tengah malam tadi.
Uqasha Senrose selamat bersalin, beri nama anak Uqaira
Pelakon Uqasha Senrose mengumumkan telah selamat melahirkan puteri sulungnya pada awal pagi Sabtu.
Thomas Cup: Permulaan cemerlang buat Malaysia
Malaysia bermula cemerlang pada perlawanan pembukaan Piala Thomas 2024, dengan menewaskan Hong Kong 5-0 hari ini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Proses penamaan calon lancar - Polis Selangor
Proses penamaan calon bagi PRK Kuala Kubu Baharu hari ini berjalan lancar tanpa sebarang insiden tidak diingini.
PRK Kuala Kubu Baharu: Pembangunan anak muda, wanita menjadi fokus Pang
Agenda pembangunan anak muda dan wanita akan menjadi fokus utama calon PH Pang Sock Tao, pada PRK Kuala Kubu Baharu.
Nahas helikopter Lumut: Kerajaan tidak bercadang gantung sementara helikoper Fennec, HOM
Kerajaan setakat ini tidak bercadang untuk menggantung sementara perkhidmatan helikopter jenis Fennec dan HOM.
Kejohanan Dunia Boling Padang: Tiga gangsa dalam tangan, misi tukar warna pingat
Skuad boling padang negara layak ke pusingan separuh akhir dalam kesemua kategori yang dipertandingkan di Kejohanan Dunia Dalam Dewan 2024.
Amerika Syarikat mungkin haramkan firma dron China, DJI
Amerika Syarikat kini turut sedang pertimbangkan DJI sebagai ancaman sekuriti, dan mungkin melakukan perundangan untuk mengharamkan DJI.
Kedai perabot di Sungai Siput musnah terbakar, seorang anggota bomba cedera
Kebakaran melibatkan bahagian dalam bangunan tersebut yang mengandungi kelengkapan rumah seperti almari, sofa, katil dan tilam.
Lelaki parah dipijak gajah liar
Mangsa berusia 55 tahun singgah di lokasi tersebut kerana mengalami sakit perut sebelum terserempak dengan mamalia terbabit.
Dua lelaki cedera, kereta terbabas, terbakar
Kedua-dua mangsa itu berjaya keluar dari kereta sebelum ketibaan pihak bomba di lokasi kejadian.
Orang Asli cedera dicakar harimau
Mangsa berusia 52 tahun mengalami cedera di muka dan beberapa anggota badan akibat dicakar pak belang.
Burung unta 'kesunyian' nekad larikan diri
Haiwan digelar Tadori itu bagaimanapun berjaya ditangkap dan dihantar semula ke taman ekologi selepas berkeliaran selama hampir sejam.
Anggota Perhilitan cedera dirempuh gajah
Mangsa yang berusia 50-an tersebut mengalami kecederaan di bahagian belakang badan serta dada.
Saya tidak mahu lagi kerah kudrat - Mike
Biarpun berat hati, namun badang berusia 51 tahun itu merasakan ia masa yang sesuai untuk dia mengundur diri.
Angka kematian di Gaza meningkat kepada 29,092 orang, 69,028 cedera
Ramai lagi penduduk terperangkap di bawah runtuhan dan di jalan raya tetapi tidak dapat diselamatkan oleh penyelamat.
Puluhan cedera dalam pertempuran semasa Pilihan Raya Indonesia di Papua
Sekurang-kurangnya 62 penyokong calon legislatif cedera dalam pertempuran di sembilan lokasi di Puncak Jaya, Papua Tengah, semasa Pilihan Raya Umum pada Rabu.
Seorang maut, 14 cedera insiden tembakan perarakan Super Bowl
Ketika kejadian, ribuan penduduk telah berkumpul di Union Station bagi menyaksikan perarakan itu.