awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Sempadan Rafah dibuka semula secara rasmi
AOT cadang kenaikan 53% caj perkhidmatan penumpang penerbangan antarabangsa Thailand
Waris Sultan Zainal Abidin III diminta tampil, selesai tuntutan tanah pusaka
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki pukul isteri tak endah suruhan buat kerja rumah ditahan

Bernama
Bernama
31/01/2024
09:47 MYT
Lelaki pukul isteri tak endah suruhan buat kerja rumah ditahan
Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai memukul isterinya yang didakwa mengendahkan suruhannya untuk membantu membuat kerja rumah. - Gambar hiasan
KUALA LUMPUR: Polis menahan seorang lelaki kerana dipercayai memukul isterinya yang didakwa mengendahkan suruhannya untuk membantu membuat kerja rumah.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Mohd Azam Ismail berkata suspek berusia 36 tahun yang juga penganggur itu ditahan di sekitar Pandan Perdana, 6.20 petang semalam.
Beliau berkata siasatan awal mendapati sebelum kejadian yang berlaku pada 9.30 pagi, mangsa yang bekerja sebagai pereka dalaman dikatakan telah bertengkar dengan suaminya.
"Suspek kemudiannya telah bertindak merosakkan komputer riba milik mangsa dan telah memukul pengadu sehingga mendatangkan kecederaan terhadap pengadu di bahagian tangan kanan.
"Suspek berang kerana pengadu tidak membantunya membuat kerja rumah," katanya dalam kenyataan hari ini.
Beliau berkata lelaki itu kini direman tiga hari dan kes disiasat di bawah Seksyen 323 dan Seksyen 427 Kanun Keseksaan kerana sengaja mendatangkan kecederaan dan khianat serta Seksyan 18A Akta Keganasan Rumah Tangga.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#lelaki pukul isteri
#ditahan
#Polis Daerah Ampang Jaya
#Pandan Perdana
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan