awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Perspektif, cadangan rakyat untuk perkasa bantuan SARA 2026
Tun Mahathir gesa kerajaan perhebat bantuan untuk mangsa banjir Aceh
OPS Selera: Imigresen serbu kedai makan terkenal di Kampung Baru
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki pukul pemandu lori ditahan

Sinar Harian
Sinar Harian
13/05/2023
05:38 MYT
Lelaki pukul pemandu lori ditahan
Tangkap layar rakaman video kejadian yang tular di media sosial. -Foto Sinar Harian
ISKANDAR PUTERI: Polis menahan seorang lelaki yang dilaporkan memukul seorang pemandu lori dengan topi keledar di Plaza Tol Tanjung Kupang (menghala ke Singapura), pada awal pagi Rabu lalu.
Menurut Ketua Polis Daerah Iskandar Puteri, Asisten Komisioner Rahmat Ariffin, kejadian berlaku sekitar jam 6.15 pagi apabila pemandu lori berkenaan menegur suspek yang menggunakan lorong (laluan) sama dengan digunakannya.
Rahmat berkata, suspek kemudiannya beredar setelah ditarik oleh seorang wanita yang dipercayai isterinya.
"Video kejadian berdurasi 28 saat itu tular di media sosial memaparkan suspek bertindak memukul pemandu lori berkenaan dengan topi keledar di plaza tol berkenaan.
"Suspek ditahan sekitar jam 2 petang pada Jumaat oleh unit peronda Bahagian Pencegahan Jenayah dan Keselamatan Komuniti Daerah Iskandar Puteri," katanya.
Beliau berkata, polis turut menemui satu peket dadah jenis methamphetamine dan hasil ujian air kencing suspek didapati positif.
Siasatan lanjut mendapati, suspek berusia dalam lingkungan 50-an itu tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Kes disiasat di bawah Seksyen 427 Kanun Keseksaan (khianat), jika sabit kesalahan boleh dihukum penjara tidak kurang satu tahun dan tidak lebih lima tahun atau denda atau kedua-duanya sekali. -Sinar Harian
Topic Berkaitan
#pukul pemandu lori
#Plaza Tol Tanjung Kupang
#methamphetamine
#topi keledar
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan