RIO DE JANEIRO: Seorang lelaki yang menembak dua orang awam dan mengambil 17 tebusan yang lain termasuk kanak-kanak dan warga emas di stesen bas utama Rio de Janeiro, Brazil telah menyerah diri.
Menurut polis, suspek telah ditahan dan kesemua tebusan selamat dan dibebaskan.
Sebelum ini polis dari unit elit Operasi Batalion Khas (BOPE) berunding dengan suspek selepas dia melepaskan dan mengambil tebusan di stesen bas Novo Rio.
Mangsa cedera telah dikejarkan ke hospital.
Identiti suspek atau motif kejadian belum didedahkan polis.
Rakaman kejadian yang disiarkan saluran berita Globonews menunjukkan keadaan huru-hara di stesen berkenaan.
Terminal tersebut kemudian ditutup dan kesemua penumpang dan pekerja telah dibawa keluar.
Situasi serupa pernah berlaku pada tahun 2000 di kawasan perumahan Rio yang meragut nyawa dua orang.
Insiden berkenaan memberi kesan yang mendalam kepada rakyat seluruh negara dan turut memberi inspirasi kepada filem 'Last Stop 174' yang ditayangkan pada tahun 2008.
Pada tahun 2019 pula, seorang lelaki bersenjatakan pistol mainan ditembak mati oleh polis di Rio selepas mengambil penumpang bas sebagai tebusan selama beberapa jam di Niteroi.
Astro Awani
Wed Mar 13 2024
Seorang anggota polis dilihat mengawal kawasan sekitar stesen bas di Rio de Janeiro. - Foto AP
Ejen insurans didakwa rompak lelaki sehingga cedera
Seorang ejen insurans mengaku tidak bersalah atas pertuduhan melakukan rompakan dan menyebabkan kecederaan terhadap seorang lelaki.
Keluarga tular bawa bayi naik motosikal ke hospital dapat perhatian PM
Gambar sebuah keluarga yang tular memaparkan ibu menggendong bayinya yang bergantung kepada alat bantuan pernafasan mendapat perhatian Perdana Menteri.
Pasangan kekasih buang bayi direman tiga hari
Mahkamah Majistret Kemaman membenarkan reman tiga hari terhadap seorang wanita yang disyaki membuang bayi lelakinya berusia seminggu.
Piala Dunia ISTAF: Skuad doubles teruskan kemaraan ke separuh akhir
Skuad doubles negara berjaya melangkah ke separuh akhir Piala Dunia ISTAF selepas mengatasi Korea 2-1 dalam perlawanan di Stadium Titiwangsa.
Warga emas hidap masalah pendengaran boleh jejas rutin harian - Pakar
Kesan hilang sensitiviti deria pendengaran bagi seorang dewasa dan warga emas memberi kesan yang berbeza.
Melaka tunggu garis panduan untuk pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam negeri
Kerajaan negeri Melaka sedang menunggu garis panduan berkaitan pelaksanaan kenaikan gaji penjawat awam daripada kerajaan Persekutuan.
[TERKINI] Keadaan Koperal Hasif stabil, masih dirawat di HSI
Anggota polis, Koperal Mohd Hasif Roslan yang cedera ditembak dalam serangan di Balai Polis Ulu Tiram masih menerima rawatan di Hospital Sultan Ismail, di Johor Bahru.
BMW Malaysia catat pertumbuhan jualan 8 peratus pada suku pertama, kenaikan 26 peratus jualan EV
BMW Group Malaysia menjual sebanyak 4,300 kenderaan pada suku pertama tahun ini, mewakili peningkatan lapan peratus berbanding tempoh yang sama pada 2023.
Pegawai Imigresen mengaku tidak bersalah terima rasuah
Seorang pegawai Jabatan Imigresen Malaysia mengaku tidak bersalah atas 10 pertuduhan menerima rasuah berjumlah RM7,600.
Saksi dakwa Ebit Lew hantar mesej lucah menjelang malam
Saksi kesembilan mendakwa mesej yang diterima daripada pendakwah terkenal, Ebit Lew berunsur lucah dan mengaibkan kehormatannya sebagai wanita.
Wanita Israel tuntut pembebasan 130 tebusan di Gaza
Demonstrasi jalanan menentang kerajaan oleh keluarga dan penyokong daripada lebih 130 tebusan yang masih ditahan di Gaza masih diteruskan.
Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) "bertekad" untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas.
Hamas kata tiada perjanjian tanpa pengunduran Israel dari Gaza
Gencatan senjata secara kekal adalah satu-satunya jaminan untuk menghentikan pertumpahan darah serta pembunuhan beramai-ramai.
Tebusan dalam kafe di Belanda dibebas selepas suspek serah diri
Suspek meninggalkan kafe itu dengan mengangkat tangannya dan ditahan polis di luar venue.
Lelaki rampas bas, tembak dua penumpang
Seorang lelaki yang menembak dua orang awam dan mengambil 17 tebusan yang lain telah menyerah diri.
Lanun rampas kapal kargo Bangladesh di Lautan Hindi
Lanun merampas sebuah kapal kargo Bangladesh di Lautan Hindi pada Selasa dan menjadikan kesemua 23 kru sebagai tebusan.
Israel beri amaran, Rafah diserang menjelang Ramadan jika tebusan tidak dikembalikan
"Jika menjelang Ramadan tebusan kami tiada di rumah, pertempuran akan berterusan ke kawasan Rafah."
Keluarga tebusan Israel gesa Netanyahu kotakan janji
Netanyahu pada Ahad berkata bahawa Israel tidak bersedia untuk menerima perjanjian dalam apa jua keadaan untuk membebaskan tebusan.
Hamas kaji cadangan baharu gencatan senjata tiga peringkat
Peringkat itu merangkumi pembebasan orang awam dalam kalangan tebusan, kemudian tentera dan akhirnya mayat tebusan yang terbunuh.
Pembebasan tebusan hanya dengan tekanan ketenteraan - Israel
Kaedah utama untuk membebaskan tebusan adalah menerusi tekanan ketenteraan di Gaza, kata Menteri Pertahanan Israel.