Seorang lelaki yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 60 tahun dan 30 sebatan kerana merogol anak tirinya yang kini berusia 17 tahun, hari ini dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan oleh Mahkamah Sesyen di sini selepas mengaku bersalah satu lagi tuduhan merogol mangsa yang sama.
Hakim Dayang Ellyn Narisa Abang Ahmad menjatuhkan hukuman itu terhadap tertuduh, 54, setelah penjawat awam itu mengaku bersalah atas tuduhan ketiga, iaitu merogol anak tirinya itu pada 10 pagi, 3 Jan 2017, di sebuah rumah di Batu Lintang di sini.
Bagaimanapun, tertuduh mengubah pengakuannya kepada tidak bersalah terhadap dua lagi tuduhan melakukan kesalahan sama pada 1 dan 2 Jan tahun ini di tempat yang sama.
Sebelum itu, hakim, timbalan pendakwa raya dan jurubahasa mahkamah terpaksa berulang kali bertanya dan menjelaskan kepada tertuduh mengenai tiga tuduhan yang dikenakan terhadapnya selepas tertuduh yang sebelum ini mengaku bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan itu, menukar pengakuan kepada tidak bersalah.
Dia memberitahu mahkamah tarikh pertuduhan pertama dan kedua iaitu 1 dan 2 Jan lepas tidak benar kerana pada masa itu dia berada di rumah bersama isteri dan anak-anaknya.
Ketika prosiding kes berkenaan sebelum ini, tertuduh membuat pengakuan bersalah terhadap ketiga-tiga pertuduhan dan hari ini ditetapkan untuk hukuman.
Dayang Ellyn Narisa kemudian menetapkan 16 Feb untuk pengurusan kes bagi dua pertuduhan berkenaan.
Dengan penambahan hukuman itu, bermakna keseluruhan tempoh hukuman penjara ke atas tertuduh adalah 78 tahun dan 35 sebatan kerana sebelum ini Mahkamah Sesyen lain menjatuhkan hukuman penjara 60 tahun dan 30 sebatan setelah dia mengaku bersalah atas tiga tuduhan merogol anak tirinya itu antara Januari dan Disember 2015 serta 4 dan 5 Jan tahun ini, di lokasi sama.
Pendakwaan dikendalikan Timbalan Pendakwa Raya Haresh Prakash manakala tertuduh tidak diwakili peguam.
-- BERNAMA
Bernama
Tue Jan 31 2017
Seorang lelaki yang sebelum ini dijatuhi hukuman kerana merogol anak tirinya ditambah hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan. - Gambar hiasan
AWANI Ringkas: Kebakaran | Kenaikan gaji penjawat awam
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lihat TVET, AI dan digital sebagai ekonomi baharu negara – PM Anwar
Dalam memastikan ekonomi negara terus ke hadapan, masyarakat digesa untuk tidak lagi terperangkap dalam stigma lama, atau mudah terpengaruh dengan hasutan-hasutan pihak tertentu.
Kritiklah, tapi jangan singgung soal 3R - PM Anwar
"Nak kebebasan maki hamun Raja-raja, apa nak jadi dengan negara ini? Tetapi semua bercakap tentang pertahan Melayu, parti pun parti Melayu."
Elak persepsi pojok, lawan propaganda murahan - PM Anwar
PM Anwar tegaskan kefahaman yang menyeluruh penting bagi memberi kefahaman tentang naratif yang dibawa kerajaan Madani.
Hak Palestin: Saya cuba sebaiknya, apa yang mampu
PM Anwar akui terkesan dengan kemampuan terhad untuk perjuang hak Palestin, susulan sokongan
Tindakan Ramasamy ajak pengundi KKB tolak PH hanya bersifat dendam - Loke
Tindakan Ramasamy yang meminta pengundi terutama masyarakat India supaya tidak mengundi calon PH hanyalah bertujuan untuk membalas dendam kepada DAP dan PH.
Jambatan Bailey di Jalan Kuantan-Segamat dibuka semula hari ini
Jambatan Bailey di Seksyen 102 Jalan Kuantan-Segamat yang ditutup sebelum ini untuk kerja-kerja pembaikan dibuka semula bermula 4 petang tadi.
Pentadbiran AS 'tekad' capai gencatan senjata antara Israel, Hamas - Blinken
Setiausaha Negara Amerika Syarikat (AS) Antony Blinken pada Rabu berkata pentadbiran Amerika Syarikat (AS) "bertekad" untuk mencapai perjanjian gencatan senjata antara Israel dan kumpulan Hamas.
Johor perlu pacu automasi, guna teknologi dan gaji lebih tinggi - Liew
Johor mesti memacu kadar automasi, penggunaan teknologi baharu serta gaji yang lebih tinggi secara menyeluruh untuk memanfaatkan Zon Ekonomi Khas Johor-Singapura (JS-SEZ)
AWANI Ringkas: Kebocoran gas | Tuntutan palsu
Ikuti rangkuman berita utama yang menjadi tumpuan sepanjang hari di Astro AWANI menerusi AWANI Ringkas.
Lelaki rogol anak tiri ditambah hukuman penjara dan sebat
Seorang lelaki yang sebelum ini dijatuhi hukuman penjara 60 tahun dan 30 sebatan kerana merogol anak tirinya hari ini dijatuhi hukuman penjara 18 tahun dan lima sebatan.
Rogol anak kandung, bapa dihukum penjara 54 tahun, 21 sebatan
Suspek berusia 40 tahun itu ditahan pada 25 November lalu sekitar jam 10.30 pagi selepas polis menerima laporan daripada ahli keluarga terdekat mangsa.