awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
KPDN Kedah kesan 1,071 kes, nilai kompaun lebih RM867,000
Onn Hafiz mohon rakyat Johor peka perkembangan cuaca semasa
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki Rohingnya hidap tibi lolos Depot Tahanan Imigresen Ajil diburu

Sinar Harian
Sinar Harian
02/09/2024
21:00 MYT
Lelaki Rohingnya hidap tibi lolos Depot Tahanan Imigresen Ajil diburu
Husson Ahmad Soifiullah dipercayai meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Ajil pada Ahad. - Foto PDRM/Sinar Harian
HULU TERENGGANU: Polis giat memburu seorang lelaki Rohingya yang bertindak meloloskan diri dari Depot Tahanan Imigresen Ajil, dekat sini.
Ketua Polis Daerah Hulu Terengganu, Deputi Superitenden Zainul Mujahidin Mat Yudin berkata, suspek, Husson Ahmad Soifiullah, 25, yang menghidap tuberkulosis (tibi) disedari telah melarikan diri daripada tahanan tersebut pada Ahad.
Beliau berkata, suspek warganegara Myanmar itu melarikan diri dengan memanjat siling bilik pengasingan.
“Kita menerima laporan berhubung kejadian itu kira-kira jam 1.30 pagi tadi (Isnin).
"Pegawai Imigresen Depot Tahanan Ajil memaklumkan seorang tahanan lelaki Rohingya melarikan diri semalam (Ahad).
"Suspek yang mempunyai penyakit tibi itu meloloskan diri dari depot tahanan dengan cara memanjat siling bilik asingan," katanya ketika dihubungi Sinar Harian di sini semalam.
Justeru, Zainul Mujahidin memohon kerjasama orang ramai untuk menyalurkan maklumat kepada Inspektor Aiman Baihaqi Che Shaffie di talian 0199377864 atau Bilik Gerakan IPD Hulu Terengganu, 09-6812222 sekiranya melihat suspek atau lelaki mencurigakan.
Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 223/224 Kanun Keseksaan iaitu penjawat awam dengan cuai melepaskan tahanan dan tahanan lari dari kurungan yang sah di sisi undang-undang. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#lari dari tahanan
#Tibi
#Depot Tahanan Imigresen
#Rohingya
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan