awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Amanah Perlis sedia hadapi kemungkinan PRK, seru rakyat kekal tenang
Suspek utama kes Suri Narudin dituduh esok
Dua beranak rentung: Lelaki terlibat dalam kebakaran didakwa esok
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki rosakkan batu nisan, surau jalani ujian psikiatri

Sinar Harian
Sinar Harian
13/07/2022
15:24 MYT
Lelaki rosakkan batu nisan, surau jalani ujian psikiatri
Pintu, tingkap serta kubah di surau Kampung Majid di sini, dirosakkan selepas dipecah masuk. - Gambar/ Sinar Harian
KLUANG: Mahkamah Majistret di sini memerintahkan seorang lelaki yang melakukan khianat di kawasan tanah perkuburan Islam dan surau di dua kampung di daerah ini dihantar ke Hospital Permai di Johor Bahru.
Pemangku Ketua Polis Kluang, Deputi Superitendan Abdul Razak Abdullah berkata, perintah itu dikeluarkan selepas suspek yang berusia 38 tahun mengaku salah terhadap dua pertuduhan melakukan khianat di kawasan perkuburan dan surau.
"Pertuduhan terhadap suspek dilakukan pada semalam dan hari ini sebelum mahkamah mengarahkan lelaki itu dihantar ke Hospital Permai untuk pemeriksaan psikiatri sebelum hukuman dijatuhkan.
"Kes akan disebut semula pada 15 Ogos ini. Pendakwaan dibuat di bawah Seksyen 297 Kanun Keseksaan," katanya dalam kenyataan pada Rabu.
Jika sabit kesalahan katanya, boleh dipenjara sehingga dua tahun atau denda atau kedua-duanya sekali.
Katanya, pihak polis akan terus komited memerangi kegiatan jenayah dan menasihatkan orang ramai terus menyalurkan maklumat jika berlaku jenayah menerusi talian 07-7784222; hotline 07-776682; direct line 07-7784256 dan tablet DCC 014-3656822.
Foto-foto beberapa batu nisan yang dicabut dan dipecahkan di Kampung Melayu di sini tular di media sosial pada 6 Julai lalu.
Sehari selepas kejadian terbabit, pintu, tingkap serta kubah di surau Kampung Majid di sini, dirosakkan selepas dipecah masuk serta suspek membuang kira-kira 15 al-Quran dan insiden tersebut turut tular.
Insiden tersebut menimbulkan kemarahan orang ramai sebelum laporan polis dibuat dan suspek kemudian berjaya diberkas.
Artikel asal di Sinar Harian.
Topic Berkaitan
#khianat
#kubur
#masjid
#Kluang
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan