NATIONAL
Lelaki rugi lebih RM700,000 terperdaya tawaran pekerjaan dalam talian

Mangsa ditawarkan pekerjaan oleh seorang individu yang menghantar pesanan di Messenger (Facebook), mempromosikan kerja sambilan yang menjanjikan keuntungan. - Gambar hiasan
JOHOR BAHRU: Seorang peniaga mengalami kerugian lebih RM700,000 selepas terperdaya dengan tawaran pekerjaan sambilan secara dalam talian yang tidak wujud.
Ringkasan AI
- Seorang peniaga ditipu lebih daripada RM700,000 selepas menerima tawaran pekerjaan sambilan secara dalam talian yang palsu melalui Messenger (Facebook).
- Peniaga tersebut mengalami kerugian besar selepas membuat pembayaran ke akaun bank yang diarahkan oleh penipu, tanpa menerima sebarang keuntungan atau pulangan.
- Seorang penolong pengurus syarikat juga menjadi mangsa penipuan dengan kerugian RM472,200 selepas tertarik dengan pelaburan saham di luar negara melalui WhatsApp, tetapi tidak menerima wang keuntungan seperti yang dijanjikan.
Dalam kenyataan di sini hari ini beliau berkata lelaki itu menyedari ditipu apabila tidak menerima sebarang keuntungan setelah membuat bayaran sehingga berjumlah RM733,597.
Sementara itu dalam satu lagi kes Kumar berkata seorang penolong pengurus sebuah syarikat mengalami kerugian RM472,200 selepas menjadi mangsa penipuan berkaitan pelaburan saham.
Beliau berkata lelaki berusia 41 tahun itu membuat laporan polis pada 13 Jun lepas, mendakwa telah berhubung dengan seorang individu di aplikasi WhatsApp pada 3 April lepas, setelah tertarik dengan iklan pelaburan dalam pembelian saham sebuah kolej di luar negara.
"Lelaki itu dijanjikan keuntungan lumayan dan telah membuat pembayaran di beberapa akaun bank, namun, dia mengesyaki ditipu selepas wang keuntungan berjumlah RM3.7 juta yang dipaparkan menerusi sebuah aplikasi pelaburan itu gagal diperolehi dan individu berkaitan juga tidak dapat dihubungi," katanya.
Beliau berkata kedua-dua kes disiasat mengikut Seksyen 420 Kanun Keseksaan.
-- BERNAMA

Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami