awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Keselamatan pelancongan perlu jadi keutamaan negara menjelang TM2026 - Lee
Lima maut helikopter penyelamat terhempas di Gunung Kilimanjaro, Tanzania
PKR balas kenyataan Hadi: Pengampunan Najib dan Anwar berbeza
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki samun kedai emas direman tujuh hari - Ketua Polis Selangor

Afiezy Azaman
Afiezy Azaman
23/03/2025
04:40 MYT
Lelaki samun kedai emas direman tujuh hari - Ketua Polis Selangor
Lelaki yang terbabit dalam kejadian samun tujuh dulang barangan kemas bernilai RM2 juta di sebuah kedai emas di pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya, pada Sabtu, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan, kata Hussein. - Gambar fail
KUALA LUMPUR: Lelaki yang terbabit dalam kejadian samun tujuh dulang barangan kemas bernilai RM2 juta di sebuah kedai emas di pasar raya di Kota Damansara, Petaling Jaya, pada Sabtu, direman selama tujuh hari bagi membantu siasatan.
Perkara itu dimaklumkan Ketua Polis Selangor, Datuk Hussein Omar Khan, pada Ahad.
"Rakan suspek juga akan serah diri dalam masa terdekat," katanya ringkas dalam kenyataan, pada Ahad.
Sebelum ini, Astro AWANI melaporkan polis menahan seorang lelaki selepas terbabit dalam kejadian samun tujuh dulang barangan kemas bernilai RM2 juta di sebuah kedai emas di pasar raya di Kota Damansara di Petaling Jaya, pada Sabtu.
Menurut Hussein, suspek ditahan 10.15 malam di sekitar Bukit Beruntung, Hulu Selangor, dan pihaknya menemukan semula sejumlah barangan kemas yang disamun.
"Penjenayah dipercayai menggunakan senjata disyaki sepucuk pistol semasa melakukan samun," katanya. Beliau berkata, kes disiasat mengikut Seksyen 4 Akta Senjata Api (Penalti Lebih Berat) 1971 kerana melakukan rompakan menggunakan senjata api.
Topic Berkaitan
#rompakan
#rompak kedai emas
#Hussein Omar Khan
#barangan kemas RM2 juta
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan