awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
21 Orang Asli ditahan bantu siasatan kes ceroboh tanah Sultan Pahang
Hasil lawatan PM India, kluster tibi antara tumpuan Dewan Rakyat
Baik dan kaya, dua ciri penting lelaki idaman Ameera Khan
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki samun kedai emas guna pistol mainan diberkas

Sinar Harian
Sinar Harian
06/12/2022
22:45 MYT
Lelaki samun kedai emas guna pistol mainan diberkas
Menurut polis, dalam kejadian sekitar jam 2 petang Selasa, suspek telah masuk ke dalam sebuah kedai emas kononnya untuk membeli seutas rantai. - Gambar hiasan
Seorang lelaki ditangkap selepas menyamun kedai emas di Jalan Sultan Iskandar di sini dengan bersenjatakan pistol mainan pada Selasa.
Ketua Polis Daerah Ipoh, Asisten Komisioner Yahaya Hassan berkata, lelaki tempatan berusia 32 tahun itu ditahan semasa cuba melarikan diri sebaik melakukan rompakan berkenaan.
Menurutnya, dalam kejadian sekitar jam 2 petang itu, lelaki terbabit telah masuk ke dalam sebuah kedai emas kononnya untuk membeli seutas rantai.
"Selepas melihat rantai emas yang ditunjukkan oleh pekerja, suspek terus mengambil barang kemas itu dan mengacukan senjata menyerupai pistol lalu melarikan diri.
"Dua anggota polis yang menerima maklumat segera ke lokasi dan ternampak suspek sedang melarikan diri di tengah Jalan Dato Onn Jaafar dikejar beberapa orang awam sehingga berjaya ditangkap polis," katanya dalam satu kenyataan di sini pada Selasa.
Beliau berkata, pemeriksaan lanjut berjaya menemui sepucuk pistol mainan buatan plastik yang tersimpan dalam beg silang milik suspek.
Katanya, suspek berasal dari Negeri Sembilan akan direman bagi siasatan lanjut di bawah Seksyen 392/397 Kanun Keseksaan kerana melakukan samun menggunakan senjata.
"Dengan tertangkapnya suspek, kes samun bersenjata ini dapat diselesaikan dalam tempoh 30 minit selepas kejadian berlaku.
"Kejayaan ini adalah hasil kerjasama orang awam yang prihatin dan kepantasan maklum balas polis sendiri hingga berjaya memberkas suspek," katanya. - Sinar Harian
Topic Berkaitan
#rompak kedai emas
#Jalan Sultan Iskandar
#samun
#pistol mainan
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan