awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Edar vape berisi dadah, warga Singapura antara dua ditahan
TPM Ahmad Zahid cadang Skim Potongan Gaji sukarela perluas program wakaf al-Quran
Lebih 51,000 penerima bantuan JKM di Kelantan masih aktif
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki tempatan ditahan simpan, jual mercun tanpa permit

Bernama
Bernama
03/01/2025
15:04 MYT
Lelaki tempatan ditahan simpan, jual mercun tanpa permit
Polis Marin menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki menyimpan dan menjual mercun tanpa permit di sebuah rumah di Kampung Koh dekat Setiawan, Perak. - Foto hiasan
GEORGE TOWN: Polis Marin menahan seorang lelaki tempatan kerana disyaki menyimpan dan menjual mercun tanpa permit di sebuah rumah di Kampung Koh dekat Setiawan, Perak.
Komander Pasukan Polis Marin Wilayah Satu ACP Rusley Chi Ari berkata suspek berusia 38 tahun itu ditahan sepasukan anggota Unit Risikan Marin (URM) Kampung Acheh, Perak yang menjalankan Op Musim Perayaan Tahun Baharu Cina antara 11 malam semalam hingga 2 pagi tadi.
"Dalam serbuan itu pihaknya turut menemukan 29 kotak mengandungi 655 bungkusan mercun pelbagai jenis yang disimpan di dalam bilik rumah berkenaan bernilai RM25,150," katanya dalam kenyataan hari ini.
Rusley berkata berdasarkan siasatan suspek dipercayai mula aktif dalam aktiviti penjualan mercun sejak dua minggu lepas dan dipercayai mengedar mercun terbabit kepada kedai runcit di kawasan berdekatan.
Bagaimanapun, semakan mendapati suspek tidak mempunyai rekod jenayah lampau.
Suspek dan barangan rampasan dibawa ke Ibu Pejabat Daerah (IPD) Manjung untuk tindakan lanjut dan kes disiasat mengikut Seksyen 8 Akta Bahan Letupan 1957.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#polis marin
#Lelaki ditahan
#simpan mercun
#tanpa permit
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan