awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
  • BM
    EN
  • LIVE
  • Daftar
awani
  • LIVE
  • Video
  • Malaysia
  • Dunia
  • Politik
  • Hiburan
  • Bisnes
  • Sukan
  • Rancangan
  • Gaya Hidup
  • Lain-Lain
    • Teknologi
    • Podcast
Lain-Lain
  • Teknologi
  • Podcast
Berita tempatan pilihan sepanjang hari ini
Lelaki Perancis dan dua rakan bebas tuduhan edar, miliki dadah
Langgar syarat hiburan, penganjur Makar Fest XL berdepan penalti RM30,000
  • POLISI PRIVASI
  • TERMA PENGGUNAAN
  • IKLAN BERSAMA KAMI
  • PELABUR

© 2025 Astro AWANI Network Sdn. Bhd. 200001032668(535275-D) All Rights Reserved.

Lelaki terjatuh semasa lakukan kerja penyelenggaraan kereta kabel Langkawi

Bernama
Bernama
03/10/2024
08:45 MYT
Lelaki terjatuh semasa lakukan kerja penyelenggaraan kereta kabel Langkawi
JBPM Kedah sedang menjalankan operasi SAR seorang lelaki yang terjatuh ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan kereta kabel di Langkawi hari ini. -Gambar fail/Bernama
ALOR SETAR: Jabatan Bomba dan Penyelamat Malaysia (JBPM) Kedah sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat (SAR) seorang lelaki yang terjatuh ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan kereta kabel di Langkawi hari ini.

Ringkasan AI
  • JBPM Kedah sedang menjalankan operasi mencari dan menyelamat seorang lelaki yang terjatuh ketika menyelenggara kereta kabel di Langkawi.
  • Mangsa, Khairul Nizam Jaffar, 41, dipercayai terjatuh dari ketinggian 40-50 meter semasa bekerja di tingkat dua.
  • Pasukan bomba sedang berusaha mencari dan mengesan mangsa untuk membawanya ke tempat selamat.

Ketua Zon 4 Langkawi JBPM Kedah, Penguasa Bomba Mohd Zamri Abd Ghani berkata pihaknya menerima panggilan berhubung kejadian pada 1.15 tengah hari sebelum tiba di lokasi kira-kira 15 minit kemudian.
"Kejadian melibatkan seorang mangsa Khairul Nizam Jaffar, 41, yang merupakan pekerja penyelenggaraan kereta kabel yang dipercayai terjatuh ketika sedang melakukan kerja penyelenggaraan di tingkat dua.
"Dianggarkan mangsa jatuh dari ketinggian antara 40 hingga 50 meter dan keadaan mangsa masih belum diketahui lagi kerana kedudukan mangsa jauh di bawah," katanya dalam kenyataan di sini hari ini.
Beliau berkata pihaknya sedang dalam proses untuk turun bagi mencari dan mengesan mangsa sebelum membawa mangsa ke tempat yang selamat untuk tindakan susulan.
-- BERNAMA
Topic Berkaitan
#operasi mencari dan menyelamat
#kereta kabel langkawi
#kerja penyelenggaraan
#Khairul Nizam Jaffar
#terkini
Must-Watch Video
Cara lain mengikuti berita kami
Iklan